X

Kindly register in order to view this article
!

Kelantan benarkan 70 peratus jemaah solat Jumaat, tarawih

Tengku Tan Sri Datuk Mohamad Rizam Tengku Abdul Aziz
A
A

KOTA BHARU - Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Kelantan (MAIK) membenarkan solat Jumaat, solat fardu dan solat sunat tarawih di masjid negeri, bandar dan jajahan dengan 70 peratus daripada kapasiti masjid berkuat kuasa pada Khamis.

Yang Dipertua MAIK, Tengku Temenggong Kelantan, Tengku Tan Sri Datuk Mohamad Rizam Tengku Abdul Aziz berkata, aktiviti lain termasuk tazkirah, tadarus al-Quran, iktikaf dan lain-lain adalah tidak dibenarkan.

"Para jemaah hendaklah berada dalam saf dengan penjarakan dua meter. Kebenaran ini adalah bagi memberi peluang penduduk di negeri ini untuk beribadat di masjid-masjid tersebut di hari terakhir Ramadan.

"Memandangkan kes Covid-19 yang telah menunjukkan penurunan di jajahan Gua Musang maka pelaksanaan solat Jumaat, solat fardu dan solat tarawih di masjid-masjid mukim jajahan Gua Musang dibenarkan dengan 70 daripada kapasiti masjid selepas penjarakan.

"Namun aktiviti-aktiviti lain termasuk tazkirah, tadarus al-Quran, iktikaf dan lain-lain adalah tidak dibenarkan. Jemaah yang hadir hendaklah berada dalam saf dengan penjarakan dua meter," katanya dalam satu kenyataan pada Khamis.

Menurutnya, bagi semua masjid mukim selain jajahan Gua Musang, surau dan musala negeri masih ditutup untuk semua aktiviti.

Walau bagaimanapun, katanya, imam tua, imam muda dan siak dikehendaki hadir bertugas untuk solat Jumaat, solat fardu dan solat tarawih di masjid dan surau masing-masing.

"Semua arahan ini berkuatkuasa pada 6 Mei sehingga satu tarikh yang akan dimaklumkan kelak. Oleh itu, pihak MAIK amat mengharapkan kerjasama daripada semua pihak terutama umat Islam secara amnya dalam melaksanakan ketetapan ini.

"Prosedur operasi standard (SOP) sebagaimana di atas hendaklah dipatuhi sepenuhnya oleh pihak pengurusan masjid, surau dan musala. Tindakan sewajarnya akan diambil di atas kegagalan untuk mematuhi SOP ini," katanya.


Dapatkan laporan yang lebih eksklusif dan kritis, sila layari Sinar Premium
Artikel ini ialah ©️ 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!