X

Kindly register in order to view this article
!

Polis Johor jayakan World #QuranHour

Ayob (depan, tiga dari kiri) dan peserta memegang plakad World #QuranHour selepas menjayakan program World #QuranHour di Masjid Tunku Laksamana Abdul Jalil, IPK Johor. -Foto: Polis Johor
A
A
JOHOR BAHRU - Polis negeri Johor juga tidak ketinggalan untuk menjayakan program World #QuranHour peringkat kontinjen itu pada Khamis dengan pelaksanaan prosedur operasi standard (SOP) yang ketat.

Ketua Polis Johor, Datuk Ayob Khan Mydin Pitchay berkata, program tahunan itu tetap diteruskan walaupun jumlah penyertaan terpaksa dihadkan kepada 65 peserta sahaja kerana masih menjalani Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB).

“Bagi saya, inisiatif World #QuranHour ini perlu diteruskan, apatah lagi kita laksanakannya dalam bulan Ramadan yang penuh keberkatan.

“Selain peringkat Ibu Pejabat Polis Kontinjen Johor, kita juga mengarahkan program ini dilaksanakan di setiap Ibu Pejabat Polis Daerah, dengan pelaksanaan selama sejam bermula jam 12 tengah hari,” katanya ketika dihubungi Sinar Harian.

World #QuranHour peringkat IPK Johor dilaksanakan di Masjid Tunku Laksamana Abdul Jalil di sini dan turut disertai ketua-ketua jabatan dan pegawai-pegawai kanan polis.

Program itu diselaraskan oleh Ustaz Mohd Hairul Jahar dan bacaan Surah al-Mulk diketuai oleh Ustaz Akmal Sairan, manakala terjemahan dilakukan oleh Ustaz Mohd Halim Masiron dan tadabbur surah oleh Ustaz Mohd Zamri Husin.

Kesemua peserta juga menunaikan solat Zohor berjemaah sebaik selesai program World #QuranHour.


Artikel ini ialah ©️ 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!