Polis siasat lelaki pukul wanita dengan sayur

Rakaman video seorang lelaki memukul wanita dengan bungkusan sayur tular di media sosial.
Rakaman video seorang lelaki memukul wanita dengan bungkusan sayur tular di media sosial.
A
A
A

PETALING JAYA - Polis sedang menyiasat video tular seorang wanita dipukul oleh seorang lelaki di sebuah premis perniagaan di Projek Perumahan Rakyat Lembah Subang di sini pada Selasa.

Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Mohamad Fakhrudin Abdul Hamid berkata, dalam kejadian pada jam 3.15 petang, mangsa berusia 42 tahun yang juga pemandu lori menyatakan tidak berpuas hati dengan harga minuman yang dijual di premis itu kerana tidak mengikut harga sebenar yang ditetapkan oleh pengilang minuman tersebut.

"Suspek lelaki warga tempatan berusia 17 tahun itu telah bertindak agresif dan mengeluarkan kata-kata kesat serta memukul kepala pengadu dengan menggunakan sayur.

"Kes itu disiasat di bawah Seksyen 352 Kanun Keseksaan. Jika disabitkan kesalahan boleh dipenjara selama tempoh yang boleh sampai tiga bulan atau denda RM 1,000 atau dengan kedua-duanya sekali," katanya.

Terdahulu, tular rakaman video berdurasi 21 saat yang memaparkan suspek sedang membungkus sayur, sebelum memukul mangsa dengan bungkusan sayur itu sehingga telefon bimbit mangsa terjatuh.

Artikel Berkaitan: