MEDAC sasar RM150,000 jualan Bazar Jualan Murah Raya

Mas Ermieyati (kanan) melawat ruang jualan pada Majlis Pra Pelancaran dan Walkabout Bazar Jualan Murah Raya (BJMR) MEDAC di Auditorium Cempaka Sari Perbadanan Putrajaya hari ini. - Foto Bernama
Mas Ermieyati (kanan) melawat ruang jualan pada Majlis Pra Pelancaran dan Walkabout Bazar Jualan Murah Raya (BJMR) MEDAC di Auditorium Cempaka Sari Perbadanan Putrajaya hari ini. - Foto Bernama
A
A
A

PUTRAJAYA - Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi (MEDAC) mensasarkan jualan RM150,000 dengan 11,0000 pengunjung Bazar Jualan Murah Raya yang berlangsung selama empat hari bermula Khamis.

Timbalan Menteri MEDAC, Datuk Mas Ermieyati Samsudin berkata, angka itu relevan memandangkan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang bermula di negeri Selangor dan Kuala Lumpur.

"Kita tidak boleh sasaran yang tinggi kerana pelaksanaan PKP, pengunjung luar tidak boleh datang ke Putrajaya," katanya dalam sidang akhbar pra pelancaran bazar berkenaan di sini pada Khamis.

Menurutnya, orang ramai boleh mengunjungi bazar berkenaan ataupun membuat pesanan menerusi dalam talian.

"Kita ada platform e-commerce iaitu Warungku yang akan menghantar pesanan ke pintu rumah pembeli dengan caj penghantaran percuma bagi 1,000 pelanggan pertama," katanya.

Mas Ermieyati berkata, antara barangan di bazar berkenaan meliputi keperluan asas, baju dan kuih raya serta makanan yang dijual pada harga berpatutan.

"Ia sangat murah berbanding harga pasaran, manakala lebih murah pada jualan 'happy hour' yang diadakan tiga kali sehari," katanya.

Katanya, penganjuran bazar tersebut diharap dapat membantu dan memperkasa peranan usahawan serta koperasi dalam menangani kos sara hidup akibat pandemik Covid-19.

Artikel Berkaitan:

Bazar Jualan Murah Raya disertai oleh 57 usahawan, koperasi, pengusaha food truck diadakan di ruang legar Auditorium Cempakasari Presint 2, dekat sini.