Dicekup ketika proses ketum

Polis merampas 30 botol air ketum dalam serbuan di pondok di hadapan sebuah rumah di Jalan Kapar, Klang pada Rabu.
Polis merampas 30 botol air ketum dalam serbuan di pondok di hadapan sebuah rumah di Jalan Kapar, Klang pada Rabu.
A
A
A

KLANG - Kegiatan memproses air ketum di pondok di hadapan sebuah rumah di Jalan Kapar, di sini terbongkar selepas diserbu polis pada Rabu.

Ketua Polis Daerah Klang Utara, Asisten Komisioner Nurulhuda Mohd Salleh berkata, operasi kira-kira jam 12.40 tengah malam oleh sepasukan Balai Polis Sungai Kapar itu mengesan tiga lelaki dalam keadaan mencurigakan berkumpul di pondok hadapan rumah terbabit.

"Pemeriksaan lanjut mendapati terdapat 30 botol berisi cecair disyaki air ketum.

"Polis turut merampas pelbagai peralatan untuk memproses air ketum," katanya dalam kenyataan pada Khamis.

Antara peralatan memproses air ketum yang dirampas dalam serbuan berkenaan.
Antara peralatan memproses air ketum yang dirampas dalam serbuan berkenaan.

Beliau berkata, semakan mendapati dua daripada suspek memiliki rekod kes lampau bersabit tindakan di bawah Akta Racun 1952 serta Seksyen 457 Kanun Keseksaan.

Nurulhuda berkata, pihaknya percaya kegiatan itu didalangi suspek utama manakala dua lagi adalah pembantunya. Suspek akan menjual air ketum di sekitar kawasan terbabit dengan harga RM20 sebotol.

Kesemua suspek berusia lingkungan 22 hingga 28 tahun kini ditahan reman selama tiga hari untuk siasatan di bawah Seksyen 30(3) Akta Racun 1952.

Artikel Berkaitan:

Tegas beliau, orang ramai dinasihatkan supaya melaporkan kepada pihak polis sekiranya ada ahli keluarga atau masyarakat sekeliling terlibat dalam penyalahgunaan dadah ataupun air ketum.