X

Kindly register in order to view this article
!

Indonesia larang mudik bermula Khamis

Relawan mengusung poster bertuliskan Terima Kasih Anda Tidak Mudik saat aksi di Jalan Slamet Riyadi, Solo, Jawa Tengah pada Rabu. - Foto Agensi
A
A

JAKARTA - Kerajaan Indonesia memutuskan untuk melarang mudik iaitu pergerakan besar-besaran pulang ke kampung halaman menjelang Aidilfitri bermula Khamis hingga 17 Mei.

Menurut kenyataan dikeluarkan Pasukan Petugas Nasional Covid-19, langkah itu bertujuan membendung penularan Covid-19 yang menyaksikan lonjakan jangkitan selepas cuti umum utama sebelum ini.

Sepanjang tempoh larangan mudik, polis akan mengadakan sekatan jalan raya di jalan-jalan utama manakala perjalanan udara, kereta api, dan laut juga akan digantung.

Bagaimanapun, pengecualian diberi kepada perjalanan kecemasan dan rasmi.

Ini tahun kedua larangan mudik dilaksanakan selepas pertama kali diperkenalkan tahun lalu.

Sebelum pandemik ini, setiap tahun tradisi mudik akan menyaksikan sekitar 30 juta warga Indonesia pulang ke kampung halaman masing-masing.

Menteri Penyelaras Pembangunan Manusia dan Kebudayaan, Muhadjir Effendy dipetik oleh media tempatan berkata, terdapat beberapa pengecualian untuk kenderaan dan syarat tertentu.

"Pegawai berpangkat tinggi, pegawai pasukan petugas Covid-19, pegawai operasi pemerintah, Angkatan Tentera Darat, pasukan Polis dan petugas tol dibenarkan melakukan perjalanan ketika bertugas.

"Mereka mesti menunjukkan surat kebenaran yang ditandatangani majikan atau surat daripada ketua kampung untuk mereka yang mempunyai urusan penting," katanya. - Bernama


Artikel ini ialah ©️ 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!