ALLAH turunkan Covid-19 untuk manusia 'reset' diri

Pendakwah bebas selaku pentadabbur, Amir Shakirin Maznan (kanan) bersama qari jemputan, Abdul Hadi Abdul Halim pada program World #QuranHour di Dewan Konvensyen Wisma Darul Iman, Kuala Terengganu pada Khamis.
Pendakwah bebas selaku pentadabbur, Amir Shakirin Maznan (kanan) bersama qari jemputan, Abdul Hadi Abdul Halim pada program World #QuranHour di Dewan Konvensyen Wisma Darul Iman, Kuala Terengganu pada Khamis.
A
A
A

KUALA TERENGGANU - ALLAH SWT turunkan pandemik Covid-19 supaya seluruh manusia dapat menilai diri dan 'reset' semula diri (bertaubat), kata pendakwah bebas, Amir Shakirin Maznan.

Beliau berkata demikian ketika menghuraikan pengertian ayat 23 hingga 30 daripada surah al-Mulk yang merupakan surah tema sempena program World #Quran Hour yang diadakan serentak di seluruh negara pada Khamis.

Menurutnya, terdapat mesej penting pada ayat ke-28 surah itu di mana ALLAH SWT telah memberi jawapan supaya manusia berfikir apa sebenarnya yang perlu dicapai dalam kehidupan.

"Dalam kehidupan ini jika kita buat sesuatu perkara berlandaskan kebaikan, ALLAH akan bantu tetapi apabila kita lakukan perbuatan yang bukan pada dasar kebaikan seolah-olah kita menjemput kecelakaan daripada ALLAH SWT.

"Jika seseorang menolak kembali pada al-Quran, tidak membuat persiapan menuju kematian dia seolah-olah tidak mengikut ketetapan ALLAH SWT sekali gus menyebabkan berlakunya kemusnahan.

"Apa yang perlu difahami dalam ayat 28, sekiranya ada keburukan dilakukan dalam diri, keluarga, organisasi, kerajaan atau apa sahaja, lebih baik reset (taubat) atau tunggu ALLAH SWT berikan 'reset button' kepada kita," katanya dalam ulasan selaku pentadabbur sempena program World#Quran Hour di Dewan Konvensyen, Wisma Darul Iman, pada Khamis.

Program yang berlangsung selama satu jam setengah bermula jam 12 hingga 1.30 petang itu turut menampilkan qari jemputan, Abdul Hadi Abdul Halim.

Artikel Berkaitan:

Antara peserta program World #QuranHour di Dewan Konvensyen Wisma Darul Iman terdiri dalam kalangan anggota Persatuan Suri dan Anggota Perkhidmatan Awam Malaysia (Puspanita) pada Khamis.
Antara peserta program World #QuranHour di Dewan Konvensyen Wisma Darul Iman terdiri dalam kalangan anggota Persatuan Suri dan Anggota Perkhidmatan Awam Malaysia (Puspanita) pada Khamis.

Dalam pada itu, selain menyifatkan surah surah al-Mulk sebagai solusi yang baik bagi diri dan jiwa, Amir Shakirin turut memberi contoh pengajaran yang boleh diambil daripada situasi pandemik Covid-19 yang melanda dunia ketika ini yang boleh dikaitankan dengan ayat di dalam surah berkenaan

"Satu dunia kini masih belum sedarkah bahawa ALLAH telah tundukkan kerajaan yang hebat dengan makhluk ALLAH iaitu pandemik Covid-19.

"Kita sangka tahun 2020 ia sudah dah habis namun masuk 2021 ada lagi. Bayangkan selagi kita tidak 'reset' diri, keluarga, masyarakat, kerajaan dan negara untuk kembali kepada ALLAH, bayangkan jika ALLAH kekalkan pandemik ini barangkali hingga 2025, mungkin ketika itu akan berlaku kemusnahan kepada kita, " katanya.

Sementara itu, Ketua Bahagian Perkhidmatan Perpustakaan dan Maklumat Perbadanan Perpustakaan Awam Negeri Terengganu (PPAT), Muhaisham Ibrahim berkata, Program World #QuranHour setakat ini menyaksikan penyertaan lebih 20,000 peserta di peringkat negeri Terengganu dan jumlah itu dijangka akan mencecah sasaran sehingga 35,000 orang.

Katanya, tiga lokasi 'hot spot' World#QuranHour diadakan di PPAT dan Dewan Konvensyen Wisma Darul Iman di Kuala Terengganu serta di Masjid Titian Berayun di Kijal, Kemaman.

"Program kali ini mendapat sambutan memberangsangkan daripada seluruh agensi kerajaan termasuk Setiausaha Kerajaan Negeri (SUK), Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Terengganu serta Polis Diraja Malaysia (PDRM) Terengganu serta seluruh sekolah di seluruh Terengganu, " katanya.

Program World #Quran Hour anjuran Yayasan Warisan Ummah Ikhlas (WUIF) bersama rakan sinergi di bawah naungan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) kini memasuki tahun kedua diadakan mengikut norma baharu dan pematuhan prosedur operasi standard (SOP) dalam tempoh pandemik Covid-19.