X

Kindly register in order to view this article
!

Majlis tahnik anak Siti Nurhaliza, polis rakam keterangan 10 individu

Perkongsian majlis tahnik anak Siti Nurhaliza yang dihadiri oleh beberapa individu ternama baru- baru ini.
A
A

AMPANG - Polis telah merakam keterangan 10 individu termasuk pemilik rumah dan penganjur majlis tahnik anak penyanyi terkemuka tanah air, Datuk Seri Siti Nurhaliza Tarudin bagi membantu siasatan berhubung pelanggaran prosedur operasi standard (SOP) Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB).

Ketua Polis Daerah Ampang Jaya, Asisten Komisioner Mohamad Farouk Eshak berkata, pihaknya akan memanggil beberapa lagi individu yang telah dikenal pasti hadir di majlis tersebut.

"Beberapa individu telah dikenal pasti hadir di majlis tersebut (termasuk VVIP dan penceramah agama) untuk dirakam keterangan dalam masa terdekat," katanya melalui kenyataan pada Khamis.

ARTIKEL BERKAITAN: 'Tiada rentas negeri, tetamu hadir kebetulan berada di KL' - Siti Nurhaliza

Terdahulu, Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Ampang Jaya mengesan satu artikel sebuah portal berita pada Isnin berkaitan ketidakpuasan hati netizen dalam satu majlis yang diadakan oleh seorang selebriti tanah air di kediamannya di Bukit Antarabangsa Ampang, Selangor.

Farouk memaklumkan, kes disiasat mengikut Peraturan 19 Peraturan-peraturan Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 2021.

Katanya, orang ramai dinasihatkan supaya sentiasa sensitif dan mengutamakan SOP dalam sebarang aktiviti yang dijalankan.

Pada Isnin, Siti Nurhaliza dan suami, Datuk Seri Khalid Mohamad Jiwa memohon maaf sekiranya penganjuran majlis tahnik anak lelaki mereka, Muhammad Afwa pada 26 April lalu telah menyentuh sensitiviti seluruh masyarakat.

Siti Nurhaliza dan Khalid juga memaklumkan atur cara dan bilangan tetamu yang diundang mematuhi syarat penganjuran majlis sosial PKPB seperti yang tertakluk pada tempoh itu.

Menurutnya, majlis itu terbahagi kepada tiga sesi dengan bilangan tetamu terhad.

Sejak beberapa hari lalu, netizen mempersoal isu kehadiran individu-individu ternama ke majlis tahnik apabila dikatakan terdapat individu dari luar Kuala Lumpur dibenar merentas negeri.

ARTIKEL BERKAITAN: Polis panggil penganjur majlis tahnik anak Siti Nurhaliza

Bukan rentas negeri, saya di rumah mentua di KL: Azhar Idrus

Polis panggil 8 individu siasat majlis tahnik anak selebriti


Dapatkan laporan yang lebih eksklusif dan kritis, sila layari Sinar Premium
Artikel ini ialah ©️ 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!