Kementerian Haji dan Umrah benarkan hotel keluar permit Umrah

Foto Fail AFP
Foto Fail AFP
A
A
A

JEDDAH - Kementerian Haji dan Umrah membenarkan hotel di sekitar Masjidil Haram mengeluarkan permit Umrah sempena Ramadan selain bertujuan merancakkan kembali sektor perhotelan di Makkah, demikian menurut laporan pada Selasa.

Langkah itu akan dilaksanakan Kementerian Haji dan Umrah, bersama Pihak Berkuasa untuk Data dan Kecerdasan Buatan melalui aplikasi "Eatmarna" dan "Tawakkalna", dengan syarat tetamu memenuhi syarat peraturan dan protokol kesihatan yang ditetapkan.

Dalam satu kenyataan kepada Agensi Berita Saudi (SPA), Timbalan Menteri Haji dan Umrah, Dr. Abdelfattah Sulaiman Mashat, menekankan prosedur ini akan berperanan mengaktifkan proses pelaburan sektor perhotelan yang banyak bergantung pada musim Haji dan Umrah,yang terjejas teruk akibat Covid-19 dan langkah pencegahan kerajaan.

Pengerusi Jawatankuasa Perhotelan di bawah Dewan Perniagaan dan Perindustrian Mekah, Rayan Osama Filali menjelaskan sebanyak 1,800 hotel dan lebih 250,000 unit kediaman bakal disediakan untuk menerima jemaah umrah, berdasarkan protokol kemudahan penginapan pelancongan yang berkaitan. - Bernama

Artikel Berkaitan: