X

Kindly register in order to view this article
!

Bacaan surah Al-Mulk bergema di Masjid Ibadurrahman

Ahmad Zakiyuddin (empat dari kanan) bergambar bersama peserta yang mengambil bahagian dalam Program World #QuranHour di Masjid Ibadurrahman, Kepala Batas pada Khamis.
A
A
KEPALA BATAS - Bacaan sural Al-Mulk bergema di Masjid Ibadurrahman, di sini bersempena dengan Program World #QuranHour kali ke-6 yang diadakan serentak di seluruh dunia.

Program yang dihadiri lebih 200 peserta bermula jam 10.30 pagi yang dikelola oleh Rumah Ngaji Pulau Pinang.

Timbalan Ketua Menteri I, Datuk Ir Ahmad Zakiyuddin Abdul Rahman bekata, kerajaan negeri menyokong penuh usaha murni penganjuran program seumpama ini dalam memastikan semua lapisan masyarakat dapat mengambil peluang dan memastikan al-Quran sentiasa di hati.

Menurutnya, program berkenaan juga selaras dengan hasrat kerajaan negeri dalam mengangkat kemajuan negeri menerusi visi Penang 2030 dan juga diperkasa dengan pelan pembangunan 10 tahun umat Islam Pulau Pinang iaitu Khaira Ummah 2030.

"Kempen World #QuranHour yang digerakkan oleh Yayasan Warisan Ummah Ikhlas dan Rumah Ngaji Pulau Pinang dilihat berperanan menarik masyarakat mengubah ekosistem sedia ada untuk kembali kepada sistem berteraskan al-Quran.

"Ia sebenarnya mengajak masyarakat mendalami inti pati al-Quran dan tidak sekadar membaca dan menghafaz tanpa mampu menghayati isi dan pesanan disampaikan ALLAH," katanya ketika berucap merasmikan Majlis Penutup Program World #QuranHour peringkat Pulau Pinang, di sini pada Khamis.

Ahmad Zakiyuddin yang juga Yang Dipertua Majlis Agama Islam Negeri Pulau Pinang berkata, pihaknya berharap aktiviti Rumah Ngaji yang bergerak aktif di akar umbi masyarakat setempat dapat melahirkan sebuah legasi generasi yang bertindak dan berfikir menurut acuan al-Quran.

Sementara itu, program sama turut diadakan Sekolah Kebangsaan Seri Impian, Guar Perahu yang disertai 801 orang murid dan 70 orang guru serta kakitangan sekolah berkenaan.

Program berlangsung di dalam Musolla dan kelas masing-masing mengikut SOP yang telah ditetapkan iaitu memakai pelitup muka dan penjarakan fizikal.

Bacaan surah Al-Mulk dan syarah surah dibaca melalui pembesar suara di pejabat pentadbiran.

Selesai sahaja syarah surah, soalan kuiz diajukan dan murid-murid perlu menjawab kepada guru masing-masing.


Artikel ini ialah ©️ 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!