India catat rekod baharu dunia kes Covid-19

Mayat mangsa Covid-19 dibawa ke ambulans untuk pembakaran mayat di sebuah hospital di New Delhi, India pada Rabu. - Foto Reuters
Mayat mangsa Covid-19 dibawa ke ambulans untuk pembakaran mayat di sebuah hospital di New Delhi, India pada Rabu. - Foto Reuters
A
A
A

NEW DELHI - India mencatat rekod global baharu pada Khamis selepas melaporkan kes jangkitan Covid-19 sebanyak 412,262 dalam tempoh sehari, lapor Agensi Anadolu.

Menurut Kementerian Kesihatan, jumlah keseluruhan kes setakat ini melebihi 21 juta manakala 3,980 lagi kematian dilaporkan menjadikan keseluruhan mencecah 230,168 orang.

Ini kali kedua kes harian melebihi 400,000. dengan mencatatkan 401,993 jangkitan harian Sabtu lalu.

Seorang saintis terkemuka India pada Rabu, memberi amaran bahawa gelombang ketiga adalah sesuatu yang "tidak dapat dielakkan".

Perdana Menteri, Narendra Modi yang berdepan kritikan kerana didakwa gagal menguruskan gelombang kedua, telah mengumumkan lebih banyak langkah untuk menangani situasi tersebut.

Ketika lonjakan jumlah kes yang mendadak, terdapat banyak permintaan untuk sekatan pergerakan di seluruh negara diambil untuk menghentikan penularan.

"Tidak ada pilihan lain selain mengenakan sekatan pergerakan secara menyeluruh untuk memutuskan rantaian jangkitan.

"Benar, sekatan pergerakan akan menjurus kepada lebih banyak kesulitan ekonomi, tetapi kita tiada pilihan. Dengan kes yang semakin meningkat, menunjukkan kita tidak bersedia menghadapi lonjakan kali ini,” kata ahli pulmonologi, Dr Digambar Behera. - Bernama

Artikel Berkaitan: