X

Kindly register in order to view this article
!

Pesawah terjejas teruk akibat ribut

Noh (dua dari kanan) menyampaikan sumbangan kepada salah seorang pesawah di Gelanggang Futsal Kampung Seri Tiram Jaya di sini pada Khamis.
A
A

TANJONG KARANG - Kementerian Pertanian dan Industri Makanan diminta menghulurkan bantuan kepada pesawah di sekitar Tanjong Karang yang terjejas teruk selepas padi mereka rosak akibat dilanda ribut pada musim tanaman kali ini.

Ahli Parlimen Tanjong Karang, Tan Sri Noh Omar berkata, Pertubuhan Peladang Kawasan (PPK) Tanjong Karang telah menghantar laporan pesawah terjejas kepada Kawasan Pembangunan Bersepadu (IADA) Barat Laut Selangor.

Bagaimanapun menurutnya, sehingga kini, pesawah terjejas masih belum mendapat sebarang bantuan dan pembelaan sewajarnya daripada pihak kementerian.

"Kementerian Pertanian dan Industri Makanan kena siasat laporan ini kerana sampai sekarang tiada maklum balas berhubung bantuan kepada pesawah terjejas," katanya pada sidang akhbar selepas Majlis Penyampaian Sumbangan Pesawah di Gelanggang Futsal Kampung Seri Tiram Jaya di sini pada Khamis.

Noh berkata, pihak kementerian juga sepatutnya boleh membantu pesawah terjejas melalui tabung bantuan bencana dengan peruntukan sebanyak RM60 juta yang telah diwujudkan semasa beliau menerajui kementerian berkenaan.

"Dana daripada tabung ini perlu disalurkan segera kerana tujuan tabung ini diwujudkan untuk memberi bantuan kepada pesawah yang padi mereka terjejas akibat bencana seperti banjir, ribut dan serangan penyakit.

"Saya hairan, sepatutnya perkara ini telah diselesaikan, tetapi sehingga kini tiada bantuan dihulurkan kepada pesawah terjejas," katanya.

Justeru, katanya, beliau sendiri bersimpati dengan nasib pesawah dan menghulurkan sumbangan sebagai tanda simpati terutama dengan ketibaan Aidilfitri tidak lama lagi.

"Saya difahamkan hasil pengeluaran padi mereka jika sebelum ini tujuh atau lapan metrik tan 0.4 hektar turun kepada hanya satu atau dua tan metrik sahaja.

"Malah ada dalam kalangan mereka yang menyewa hendak bayar sewa tanah sawah pun tidak berkemampuan kerana mengalami kerugian," katanya.


Dapatkan laporan yang lebih eksklusif dan kritis, sila layari Sinar Premium
Artikel ini ialah ©️ 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!