Selagi ada matahari dan bulan, Perlembagaan tidak akan dipinda

Muhyiddin Yassin - Foto SINAR HARIAN/ SHARIFUDIN ABDUL RAHIM
Muhyiddin Yassin - Foto SINAR HARIAN/ SHARIFUDIN ABDUL RAHIM
A
A
A

SEMENYIH - PH akan sentiasa memelihara kepentingan orang Melayu, di samping melindungi kepentingan kaum lain selaras dengan peruntukan dalam Perlembagaan negara.

Timbalan Presiden PH, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, prinsip itu telah disepakati mereka, yang berikrar bahawa apa yang termaktub dalam Perlembagaan perlu dilindungi dan dipelihara.

“PH sudah bersepakat, apabila pakatan ini ditubuhkan, kita berpegang pada prinsip untuk mendukung apa yang ada dalam Perlembagaan.

“Kita juga tidak ada kompromi dalam soal berkaitan hak istimewa orang Melayu kerana perkara ini sudah termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan sejak zaman-berzaman," katanya ketika berucap pada Ceramah Kelompok Pusat Daerah Mengundi (PDM) Kampung Rinching Hilir di Semenyih di sini, malam tadi.

Muhyiddin ketika menyampaikan ceramahnya semalam. - Foto SINAR HARIAN/ SHARIFUDIN ABDUL RAHIM
Muhyiddin ketika menyampaikan ceramahnya semalam. - Foto SINAR HARIAN/ SHARIFUDIN ABDUL RAHIM

Katanya lagi, selaras dengan prinsip itu PH akan menjadi perisai untuk memelihara Perlembagaan negara.

“Apabila PH mengambil alih kerajaan daripada BN, komitmen kita sepenuhnya, bermakna selagi ada matahari dan bulan, Perlembagaan tidak akan dipinda, serta kedudukan istimewa orang Melayu dan hak bangsa lain akan kekal untuk selama-lamanya,” katanya.

Turut hadir dalam ceramah berkenaan, Naib Presiden PH, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali; Ketua Penerangan Bersatu, Dr Mohd Radzi Jidin dan calon PH bagi PRK DUN Semenyih, Muhammad Aiman Zainali

Artikel Berkaitan:

Justeru beliau menangkis dakwaan pembangkang kononnya PH kini dikuasai DAP dan tidak membela orang Melayu.