X

Kindly register in order to view this article
!

Bersatu Johor siasat dakwaan letak jawatan

Sahruddin, Surat yang tular di media sosial sejak semalam.
A
A

JOHOR BAHRU - Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) Johor akan membuat siasatan dalaman berhubung dakwaan peletakan jawatan beberapa kepimpinan dan ahli jawatankuasa Bersatu Bahagian Simpang Renggam, termasuk Naib Ketuanya, Mohd Sidik Arifin.

Setiausaha Bersatu Johor, Datuk Dr Sahruddin Jamal ketika dihubungi mengesahkan pihaknya ada menerima surat berkenaan pada 3 Mei lalu.

“Surat itu sudah sampai ke Pejabat Bersatu Johor dan siasatan dalaman sedang dijalankan.

“Dakwaan yang kata Bersatu Simpang Renggam dah bubar tu, saya kena siasat dulu. Saya tidak tahu kenyataan daripada siapa yang mengatakannya dah bubar,” katanya menerusi mesej ringkas kepada Sinar Harian pada Khamis.

Surat mengenai peletakan jawatan beramai-ramai beberapa ahli jawatankuasa Bersatu Bahagian Simpang Renggam mula tular di media sosial sejak semalam (Rabu).

Selain Mohd Sidek, beberapa nama yang turut dikaitkan dan dilampirkan dalam senarai itu ialah Pengerusi Bersatu Bahagian Simpang Renggam, Mohd Yusof Parman dan timbalannya, Jamilal Tunis dan lima orang ahli jawatankuasa serta empat ketua dan timbalan ketua cawangan.

Berdasarkan surat yang tular, ia disebabkan mereka hilang kepercayaan kepada pemangku ketua bahagian itu, Azman Omar yang juga timbalan ketua bahagian.

Mereka juga memohon agar badan pimpinan tertinggi dan badan pimpinan negeri mengambil tindakan membubarkan Bersatu Bahagian Simpang Renggam dan melantik seorang ketua penaja yang baharu untuk memimpin Bersatu Bahagian Simpang Renggam.


Dapatkan laporan yang lebih eksklusif dan kritis, sila layari Sinar Premium
Artikel ini ialah ©️ 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!