8.4 juta penerima BPR terima manfaat Jaringan Prihatin

Gambar hiasan - Foto 123RF
Gambar hiasan - Foto 123RF
A
A
A

SHAH ALAM - Kira-kira 8.4 juta penerima Bantuan Prihatin Rakyat (BPR) dijangka menerima manfaat daripada program Jaringan Prihatin.

Menurut Menteri Kewangan, Senator Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz, penerima BPR akan menerima bantuan perkhidmatan data internet atau pembelian peranti mudah alih.

Katanya, pasangan yang mempunyai anak di bawah umur 18 tahun akan menerima bantuan sebanyak RM300 untuk pakej peranti atau RM180 pelan data untuk setahun.

“Pasangan yang tiada anak di bawah umur 18 tahun pula akan menerima bantuan sebanyak RM180 untuk pakej peranti atau RM180 pelan data untuk setahun.

“Tempoh pendaftaran program ini dibuka dari 5 Mei hingga 31 Julai 2021,” katanya pada Khamis.

Pada Rabu, Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin melancarkan program Jaringan Prihatin berjumlah RM3.5 bilion dalam usaha kerajaan menangani cabaran jurang digital.

Beliau berkata, daripada keseluruhan RM3.5 bilion itu, kerajaan akan membelanjakan sejumlah RM2 bilion manakala syarikat telekomunikasi dan penyedia perkhidmatan pula akan memberi sumbangan tambahan berjumlah RM1.5 bilion terutamanya dalam bentuk data percuma.

Sebanyak 12 syarikat telekomunikasi dan penyedia perkhidmatan yang menyertai program tersebut adalah Celcom, Digi, Maxis, Mcalls, redONE, speakOUT, Tune Talk, U Mobile, unifi Mobile, XOX Mobile, YES dan Yoodo.

Artikel Berkaitan: