Mourinho diramal berikan khidmat terbaik bersama Roma

Mourinho
Mourinho
A
A
A

KETUA jurulatih AS Roma, Paulo Fonseca meramalkan bekas pengendali Tottenham Hotspur, Jose Mourinho akan memberikan khidmat terbaik bersama skuad The Giallorossi itu.

Fonseca yang bakal meninggalkan AS Roma pada penghujung musim ini mengesahkan Mourinho bakal mengambil alih tugasnya bagi mengharungi musim 2021/2022 kelak.

“Bagi saya profesionalism adalah sesuatu yang saya percaya cukup penting walau di mana sahaja dan saya menerima keadaan ini, sama seperti ketika hari pertama saya bersama AS Roma.

“Sebenarnya saya mendapat motivasi untuk melakukan yang terbaik untuk Roma tetapi Mourinho adalah seorang pengendali yang hebat dan semua orang tahu mengenainya.

“Saya percaya, dia akan melaksanakan tugas dengan baik bersama Roma,” katanya.

Mourinho, yang dipecat oleh Tottenham bulan lalu, bakal mengendalikan AS Roma selama tiga tahun mengikut kontrak yang ditandatanganinya.

Sementara itu Fonseca berkata, ini kedatangan kedua Mourinho ke Serie A setelah mengemudi Inter Milan musim 2008/2010 lalu.

Justeru katanya, kali ini pasti Mourinho mahu mengulangi pencapaian hebatnya bersama Roma sebagaimana ketika mengemudi the Nerazzurri.

Artikel Berkaitan:

“Roma ketika ini berada pada kedudukan ketujuh Serie A dan bakal terlepas aksi dalam saingan bola sepak Eropah musim depan.

“Misi Mourinho adalah untuk melonjakkan semula Roma kepada kedudukan yang lebih baik dan sekali gus layak beraksi dalam saingan bola sepak Eropah musim depan,” katanya.