Kempen Riang Ria Raya tawar ganjaran menarik

Suasana perayaan diserikan dengan rumah kampung di ‘Centre Court’ yang diinspirasikan dari Rumah Tradisional Melayu negeri Terengganu di Suria KLCC.
Suasana perayaan diserikan dengan rumah kampung di ‘Centre Court’ yang diinspirasikan dari Rumah Tradisional Melayu negeri Terengganu di Suria KLCC.
A
A
A

KEMERIAHAN Syawal yang bakal menjelma akan diraikan di tiga pusat membeli-belah di bawah Kumpulan Syarikat Suria KLCC dengan pelbagai tawaran menarik.

Kempen Hari Raya Suria KLCC yang berlangsung sejak 16 April lalu akan disusuli sambutan Hari Raya selama sebulan bermula 13 Mei sehingga 23 Mei 2021.

Suasana perayaan diserikan dengan rumah kampung di ‘Centre Court’ yang diinspirasikan dari Rumah Tradisional Melayu negeri Terengganu.

Ketua Pegawai Eksekutif Suria KLCC Sdn Bhd, Andrew Brien berkata, kempen bertemakan Riang Ria Raya di Suria KLCC tahun ini penuh ganjaran kepada pelanggan yang berbelanja RM1,500 dan ke atas dalam maksimum dua resit di mana-mana kedai terpilih.

Katanya, pengunjung berpeluang menebus sampul raya dan set hadiah eksklusif dari Bokitta sepanjang tempoh kempen serta foto polaroid percuma ditawarkan di ‘photobooth’ yang disediakan, di samping pelbagai tawaran menarik lain.

"Dalam suasana sambutan Hari Raya, Suria KLCC akan terus memberikan penghargaan kepada anggota barisan hadapan perubatan yang berjuang menangani pandemik Covid-19 tanpa mengenal penat lelah.

"Pusat membeli-belah ini akan menyediakan juadah berbuka puasa, kuih raya dan barangan keperluan peribadi bernilai RM20,000 kepada anggota barisan hadapan di Hospital Sungai Buloh yang tidak dapat berbuka puasa di rumah kerana tugas," katanya dalam satu kenyataan pada Rabu.

Sementara itu katanya, kempen penebusan sedang berlangsung sehingga 16 Mei ini di ‘Centre Court’ Alamanda dan pelanggan yang berbelanja RM500 atau lebih dalam maksimum dua resit di mana-mana kedai terpilih akan menerima skarf eksklusif Noor Arfa Batik dari Terengganu berserta satu set peket Raya Alamanda sementara stok masih ada.

Artikel Berkaitan:

Katanya, Alamanda juga menghargai bakti yang dicurahkan petugas barisan hadapan dan akan menyumbangkan barangan berupa kudapan dan bubur lambuk bernilai RM15,000 kepada petugas barisan hadapan perubatan di Hospital Putrajaya dan kakitangan di Ibupejabat Polis Putrajaya.

Dalam pada itu katanya, pelanggan Mesra Mall di Kemaman, Terengganu turut dapat merasai suasana Hari Raya dengan mengambil bahagian dalam pertandingan merekacipta Kad Raya ViKids yang kini sedang berlansung serentak dengan promosi perayaan sehingga 12 Mei 2021.

Andrew berkata, selain itu, pelanggan yang membelanjakan sekurang-kurangnya RM250 dalam tidak lebih dari dua resit di mana-mana kedai khusus layak menebus skarf premium Noor Arfa Batik yang menawan beserta peket Raya.

"Dalam keadaan negara yang menuju pemulihan dari pandemik ini, Kumpulan Syarikat Suria KLCC akan sentiasa memainkan peranan sebagai tempat yang selamat untuk membeli-belah.

"Kami juga akan berganding bahu dengan barisan hadapan yang tidak pernah lelah sambil menyajikan tawaran menarik kepada pelanggan kami,” katanya.