X

Kindly register in order to view this article
!

Chelsea jumpa Manchester City final Liga Juara-Juara

Werner meraikan jaringan bersama pemain Chelsea lain ketika melayan kunjungan Real Madrid pada separuh akhir kedua Liga Juara-Juara di London, awal pagi tadi.
A
A

[DIKEMASKINI] JARINGAN Timo Werner (28') dan Mason Mount (85') sudah cukup membolehkan Chelsea mengesahkan slot perlawanan akhir Liga Juara-Juara menentang Manchester City di Istanbul hujung bulan ini.

The Blues kendalian Thomas Tuchel menyingkirkan skuad kendalian Zinedine Zidane 2-0 pada separuh akhir kedua di Stamford Bridge sekaligus mara ke pentas final kejohanan berprestij kelab bola sepak Eropah tersebut dengan agregat 3-1.

Real Madrid yang tampil ke London dengan reputasi juara 13 kali kejuaraan kelab Eropah sebelum ini bangkit mengikat Chelsea 1-1 pada perlawanan pertama di Sepanyol minggu lalu.

Final di Istanbul akan menjadi final kedua membabitkan kelab Inggeris dalam tiga musim dan peluang Tuchel membuktikan sesuatu sejak menggantikan Frank Lampard di Stamford Bridge pada Januari.

"Kami layak untuk memenangi perlawanan ini. Separuh masa pertama Real Madrid ternyata menyukarkan kami selepas menguasai kawalan bola menenggelam corak permainan pemain Chelsea.

"Pada babak kedua pula kami berpeluang menjaringkan lebih banyak gol lebih awal. Tapi sekarang bukan masa untuk kritik. Ini adalah pencapaian luar biasa dan tahniah kepada pasukan.

"Apa pun perjuangan Chelsea belum selesai, kami mahu pergi ke Istanbul untuk memenangi kejuaraan ini," kata Tuchel.


Dapatkan laporan yang lebih eksklusif dan kritis, sila layari Sinar Premium
Artikel ini ialah ©️ 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!