‘Lari’ bila disuruh kerja lebih masa

Ramakrishnan (empat, kanan) ketika hadir lawatan industri Unit Strategik Modal Insan di Desaru Coast River Side, Persiaran Pantai, Desaru Coast, semalam.
Ramakrishnan (empat, kanan) ketika hadir lawatan industri Unit Strategik Modal Insan di Desaru Coast River Side, Persiaran Pantai, Desaru Coast, semalam.
A
A
A

KOTA TINGGI - Sikap pekerja tempatan yang tidak setabah pekerja asing dilihat menjadi salah satu faktor tidak boleh bertahan lama dalam pekerjaan mereka.

Exco Kepenggunaan Sumber Manusia dan Perpaduan negeri, Dr S Ramakrishnan berkata, ada di antara pekerja tempatan apabila disuruh bekerja lebih masa mereka akan ‘lari’.

Beliau berkata, susulan itu pihaknya memaklumkan kepada pusat latihan agar tidak sekadar fokus kepada kemahiran sahaja sebaliknya menumpukan personaliti pelatih agar kuat dari segi mental dan fizikal.

“Bukan di sini, sahaja tetapi tempat lain juga kita dengar perkara ini, kita kena atasi. Kita juga dapati pekerja warga asing mereka lebih tabah untuk bekerja.

“Mungkin kerana faktor kedatangan mereka dari jauh ke sini. Jadi pekerja tempatan kena belajar jadi tabah dan kuat,” katanya selepas hadir lawatan industri Unit Strategik Modal Insan di Desaru Coast River Side, Persiaran Pantai, Desaru Coast, semalam.

Dalam pada itu, Ramakrishnan berkata, lawatannya ke Desaru Coast bertujuan mengenal industri-industri terdapat di situ khususnya pengurusan hotel, taman tema dan lain-lain.

Katanya, isu utama difokuskan adalah mengenai sumber manusia mengambil kira sama ada pihak Desaru Coast mempunyai pekerja yang mencukupi termasuklah pengambilan pekerja tempatan.

“Kita juga ambil maklumat apakah isu-isu yang dikenal pasti untuk mendapat pekerja, apa kemahiran diperlukan? Ini semua kita kumpul dan gunakan untuk memperbaiki pengambilan pekerja di Malaysia khusus di Johor.

Artikel Berkaitan:

“Saya juga dengar Desaru Coast menghadapi isu tidak cukup pekerja berkemahiran. Jumlah pekerja sekarang 1,080 orang, namun mereka memerlukan 1,800 orang secara keseluruhan di mana masih kekurangan kira-kira 700 pekerja,” katanya.

Tambahnya, pihaknya juga akan berbincang dengan pusat latihan seperti Institut Latihan Perindustrian (ILP), Kementerian Sumber Manusia, Kementerian Pendidikan untuk melihat bagaimana mahu mengatasi masalah kekurangan pekerja dalam kemahiran tertentu.