PKP 3.0: Sektor ekonomi beroperasi ikut SOP

Kenyataan media MITI
Kenyataan media MITI
A
A
A

SHAH ALAM - Kerajaan membenarkan semua sektor ekonomi terus beroperasi di enam daerah di Selangor yang menjalani Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) 3.0 kecuali aktiviti tertentu yang disenaraikan di bawah senarai negatif Prosedur Operasi Standard (SOP) Am PKP 3.0.

Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI) dalam satu kenyataan pada Rabu memaklumkan, SOP Am PKP 3.0 berdasarkan SOP PKP sedia ada kecuali tidak dibenarkan makan di restoran.

“Syarikat perlu mematuhi SOP Am PKP 3.0 dan tertakluk kepada tatacara Bekerja Dari Rumah (BDR) sedia ada iaitu hanya 30 peratus kakitangan pengurusan boleh hadir ke pejabat seperti biasa tanpa sekatan waktu bekerja manakala kehadiran pekerja operasi atau sokongan ditentukan oleh majikan mengikut budi bicara.

“SOP ini juga boleh diakses di laman web Majlis Keselamatan Negara (MKN), www.mkn.gov.my,” katanya.

Menurut MITI, pihak industri perlu terus bekerjasama dengan kerajaan bagi memastikan kejayaan mengawal penularan Covid-19.

“Aktiviti penguatkuasaan akan dipertingkatkan oleh agensi penguatkuasa berdasarkanpenilaian sistem amaran awal iaitu Hotspot Identification for Dynamic Engagement (HIDE) yang mampu mengesan lokasi yang berisiko tinggi yang menjadi punca kepada penularan Covid-19.

“Langkah itu lebih bersasar dan efektif untuk mencegah penularan wabak Covid-19 dalam komuniti berbanding penutupan secara keseluruhan.

“Syarikat yang didapati tidak mematuhi SOP akan dikenakan tindakan perundangan termasuk penutupan operasi untuk tempoh tertentu,” ujarnya.

Artikel Berkaitan:

Pada Selasa, kerajaan bersetuju melaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) di enam daerah di Selangor bermula 6 Mei dan 17 Mei.

Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaacob berkata, enam daerah terlibat ialah Hulu Klang, Petaling, Gombak, Klang, Kuala Langat dan Sepang.

ARTIKEL BERKAITAN: PKP di enam daerah di Selangor