X

Kindly register in order to view this article
!

India catat 3,780 kematian dalam tempoh 24 jam

Seramai 3,780 orang meninggal dunia dalam tempoh 24 jam, menjadikan jumlah korban keseluruhan 226,188 di India. - Foto Reuters
A
A

NEW DELHI - India pada Rabu mencatatkan jumlah kes kematian harian tertinggi sejak Covid-19 dikesan di negara itu dan ketika hospital terus bergelut dengan jumlah pesakit Covid-19 yang terlalu ramai, lapor Agensi Anadolu.

Menurut data yang dikeluarkan Kementerian Kesihatan pada pagi Rabu, seramai 3,780 orang meninggal dunia dalam tempoh 24 jam, menjadikan jumlah korban keseluruhan 226,188.

Walaupun terdapat sedikit penurunan jangkitan sejak Sabtu, kes melonjak semula kepada 382,315 pada Rabu, menjadikan jumlah keseluruhan kes kini mencecah 20.66 juta.

Selepas mencatatkan lebih 400,000 kes baharu - rekod baharu pada Sabtu lalu - terdapat penurunan kes harian pada Selasa iaitu 357,229

Lonjakan kes harian menyebabkan sistem kesihatan lumpuh, dengan beberapa hospital di New Delhi kekurangan alat oksigen.

Beberapa hospital kini bakal berdepan kes mahkamah apabila pesakit meninggal dunia disebabkan kekurangan peralatan oksigen.

"Kami amat sedih melihat kematian pesakit Covid-19 hanya disebabkan ketiadaan bekalan oksigen di hospital ia satu kesalahan dan seperti pembunuhan beramai-ramai oleh kumpulan yang telah diberi tugas untuk memastikan bekalan oksigen perubatan yang cukup," kata Mahkamah Tinggi Allahabad, Uttar Pradesh pada Selasa.

Sementara itu, Bank Rizab India mengumumkan kemudahan kecairan sebanyak 500 bilion rupee India (US$6.7 bilion) untuk akses perkhidmatan kesihatan kecemasan.

“Di bawah skim itu, bank dapat memberikan sokongan pinjaman baharu kepada pelbagai entiti termasuk pembuatan vaksin... dan juga pesakit untuk mendapatkan rawatan," kata Gabenor Shaktikanta Das pada Rabu. - Bernama


Artikel ini ialah ©️ 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!