X

Kindly register in order to view this article
!

Trend bilangan pesakit Covid-19 di Pahang meningkat

Gambar hiasan - Foto 123RF
A
A

KUANTAN - Bilangan pesakit Covid-19 di Pahang menunjukkan trend peningkatan dalam tempoh dua minggu.

Pengarah Jabatan Kesihatan Pahang, Datuk Dr Bahari Tok Muda Awang Ngah berkata, terdapat 622 kes yang dilaporkan dengan purata sebanyak 44 kes sehari.

Menurutnya, peningkatan berlaku terutama di daerah Kuantan dengan purata kes harian sebanyak 20 kes.

"Situasi ini menunjukkan jumlah kemasukan pesakit ke Unit Rawatan Rapi (ICU) Hospital Tengku Ampuan Afzan (HTAA) bagi minggu ini meningkat hampir dua kali kali ganda daripada biasa.

"Bagaimanapun, tiada pesakit dari luar Pahang ditempatkan di hospital ini," katanya dalam satu kenyataan akhbar pada Rabu.

Dr Bahari berkata, sehingga hari ini, seramai 44 pesakit Covid-19 dirawat di HTAA dengan kadar penghuni katil sebanyak 38 peratus dan daripada jumlah itu lapan ditempatkan di ICU.

Beliau dalam masa sama turut menasihatkan masyarakat mematuhi prosedur operasi standard (SOP) dan mengamalkan kehidupan norma baharu.

"Elakkan budaya 3S iaitu sesak, sempit dan sembang dekat. 3W cuci (wash), pakai (wear) dan amaran (warn) perlu dijadikan kebiasaan bagi mengelakkan penularan jangkitan Covid-19," katanya.


Artikel ini ialah ©️ 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!