Bas mini meletup, seorang maut, tiga cedera di Afghanistan

Foto 123RF
Foto 123RF
A
A
A

KABUL - Sebuah bas mini membawa pekerja kesihatan meletup di kawasan Kalakan di pinggir bandar Kabul, Afghanistan pada Rabu menyebabkan seorang terbunuh dan tiga yang lain cedera, kata jurucakap polis Kabul Ferdaus Faramarz.

"Kejadian ngeri yang meragut satu nyawa dan mencederakan tiga yang lain itu berlaku pada jam 6.40 pagi waktu tempatan di daerah Kalakan," kata Faramarz kepada Agensi Berita Xinhua.

Tanpa memberikan butiran lanjut, pegawai itu berkata, siasatan sedang dijalankan. Tiada kumpulan mengaku bertanggungjawab atas serangan itu. Ini adalah serangan kedua yang menyasarkan kenderaan dalam tempoh dua hari.

Kejadian pertama, menyasarkan van polis di selatan wilayah Uruzgan pada Selasa, membunuh seorang konstabel polis dan mencederakan seorang awam. - Bernama

Artikel Berkaitan: