Kempunan jual mercun

PGA Batalion 7 Kuantan berjaya menggagalkan cubaan seorang lelaki membawa masuk pelbagai jenis mercun dari negara jiran di Kampung Lanchang, pada Rabu.
PGA Batalion 7 Kuantan berjaya menggagalkan cubaan seorang lelaki membawa masuk pelbagai jenis mercun dari negara jiran di Kampung Lanchang, pada Rabu.
A
A
A

RANTAU PANJANG - Pasukan Gerakan Am (PGA) Batalion 7 Kuantan menggagalkan cubaan seorang lelaki membawa masuk pelbagai jenis mercun bernilai RM14,825 di Kampung Lanchang, di sini pada Rabu.

Mercun dari negara jiran itu dibawa menggunakan laluan tikus di Sungai Golok dan dipercayai untuk jualan Aidilfitri.

Pegawai Pemerintah PGA Batalion 7, Superintendan Azhari Nusi berkata, perbuatan lelaki tersebut disedari oleh pihaknya ketika rondaan di sekitar kawasan Kampung Lanchang.

"Kami mendapati sebuah kenderaan jenis Pajero berada dalam keadaan mencurigakan.

Kenderaan jenis Pajero yang digunakan oleh penyeludup berjaya dikesan oleh PGA Batalion 7 Kuantan.
Kenderaan jenis Pajero yang digunakan oleh penyeludup berjaya dikesan oleh PGA Batalion 7 Kuantan.

"Semasa cuba menahan dan menghampiri kenderaan tersebut, pemandu kenderaan itu bertindak memberhentikan kenderaan dan melarikan diri ke kawasan hutan berhampiran," katanya dalam satu kenyataan pada Rabu.

Menurutnya, pemeriksaan lanjut di dalam kenderaan tersebut menjumpai 1,609 kotak yang mengandungi pelbagai mercun.

Beliau berkata, kes tersebut disiasat bawah Seksyen 8 Akta Bahan Letupan 1957 dan kesemua mercun dibawa ke Komtak Taman Bakti, di sini untuk tindakan lanjut.

Artikel Berkaitan: