X

Kindly register in order to view this article
!

Covid-19: 3,744 kes baharu hari ini, Selangor masih tertinggi

Dr Noor Hisham
A
A

KUALA LUMPUR - [DIKEMAS KINI] Kes baharu Covid-19 hari ini meningkat kepada 3,744 kes daripada 3,120 kes pada Selasa, menjadikan kes kumulatif Covid-19 di dalam negara kini 424,376.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah menerusi hantaran di laman Twitternya berkata, daripada jumlah itu dalam tempoh 24 jam lepas, Selangor masih merekodkan jumlah kes tertinggi melibatkan 1,548 kes diikuti Kelantan (480) dan Sarawak (419).

Ia diikuti Kuala Lumpur dengan 313 kes; Johor (292); Pulau Pinang (195); Kedah (124); Negeri Sembilan (76); Terengganu (73); Perak (65); Sabah (50); Pahang (49); Melaka (43); Putrajaya (11); Labuan (lima) dan Perlis (satu).

Dr Noor Hisham berkata, sebanyak 2,304 kes sembuh dilaporkan menjadikan jumlah kumulatif kes sembuh sebanyak 389,846 selain 17 kematian direkodkan hari ini.

Sebanyak 328 kes kini menerima rawatan di unit rawatan rapi dengan 185 kes memerlukan bantuan alat pernafasan.

Mengenai kluster baharu, Dr Noor Hisham berkata, sebanyak 20 kluster dikenal pasti hari ini melibatkan lapan kluster berkaitan tempat kerja, enam kluster komuniti, dua kluster keagamaan, empat sektor pendidikan termasuk tiga kluster institusi pendidikan di bawah Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM).

"Kluster berkaitan tempat kerja melibatkan Kampung Padang Lalang di Kelantan, Jalan Sawit dan Tanjung Kibong di Sarawak, Sri Manjalara di Kuala Lumpur, Persiaran Layar Perak di Johor, Taman Pertama di Perak, Kopitiam Machap Baru di Melaka, Mutiara Bentong di Pahang.

"Bagi kluster komuniti melibatkan Kampung Paya Ular, Sungai Mas dan Mongkos di Sarawak, Jalan Dato Onn di Johor, Tanah Putih Baru dan Mahkota Height di Pahang. Bagi sektor pendidikan, tiga kluster melibatkan institusi pendidikan di bawah KPM iaitu Taman Medan dan Persiaran Setia Prima di Selangor serta Jalan Yaacob Latif di Kuala Lumpur manakala Jalan Kukup di Johor merupakan pendidikan lain,” katanya.

Bagi kluster keagamaan, Dr Noor Hisham berkata, ia melibatkan Seruling Dua Belas di Selangor dan Jalan Damai Bakti di Kuala Lumpur.

Menurut Dr Noor Hisham, sebanyak 14 kluster tamat hari ini dengan jumlah kluster aktif sebanyak 411 kluster. - Bernama


Dapatkan laporan yang lebih eksklusif dan kritis, sila layari Sinar Premium
Artikel ini ialah ©️ 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!