Syed Saddiq nafi perbualan lucah dengan pelajar

Syed Saddiq
Syed Saddiq
A
A
A

KUALA LUMPUR - Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman menafikan beliau terlibat dalam perbualan lucah dengan pelajar melalui WhatsApp.

Video perbualan yang dimuat naik di YouTube sejak beberapa hari lalu itu kini tular.

Menurut laporan Malaysiakini, Syed Saddiq berkata, beliau berjanji akan mengambil tindakan undang-undang ke atas pihak yang mendalangi video berkenaan.

"Menjijikkan. Ini terang-terang suatu fitnah, fitnah yang menjijikkan. Tak masuk akal.

"Kalau tahu siapa yang sebarkan, tolong maklumkan supaya saya boleh ambil tindakan mahkamah,” katanya.

Hasil semakan di platform media sosial terbabit, video berdurasi 45 saat itu dimuat naik pada 3 Mei lalu, manakala akaun yang bertanggungjawab melakukannya dicipta pada 28 Mac.

Perbualan WhatsApp antara nombor yang disimpan sebagai 'Baby Sadiq' didakwa kononnya seorang gadis yang masih bersekolah membabitkan perbualan seks mengenai bahagian badan dan permintaan gambar.

Artikel Berkaitan: