Arab Saudi dedah gambar terperinci Hajarul Aswad

Imej Hajarul Aswad dikongsi Arab Saudi. - Foto Arab News
Imej Hajarul Aswad dikongsi Arab Saudi. - Foto Arab News
A
A
A

RIYADH - Pihak berkuasa Arab Saudi pertama kali mendedahkan gambar batu hitam yang dikenali Hajarul Aswad secara terperinci di tapak arkeologi terpenting di Masjidil Haram di Mekah.

Menerusi laporan Arab News, Presiden Am bagi Hal Ehwal Dua Masjid Suci berkata, sebanyak 1,050 gambar Batu Hitam dan tempat suci Nabi Ibrahim diambil menggunakan teknologi Fox Stack Panorama.

Teknologi itu menggabungkan gambar dengan tahap kejelasan yang berbeza-beza untuk menghasilkan sebuah gambar pada resolusi tinggi dari Hajarul Aswad.

Memperuntukkan selama tujuh jam untuk mengambil sejumlah 49,000 gambar megapixel dan memerlukan seminggu untuk proses pengeditan.

Ketua Setiausaha Agong bagi Projek dan Agensi Pengajian Kejuruteraan, Sultan Ati Al-Qurashi berkata, pihak berkuasa berminat memilih teknik terkini merakam gambar kerana sejarah batu hitam ini amat penting untuk umat Islam.

Batu berwarna kemerahan dan berbentuk bujur berdiameter 30 sentimeter (cm) itu terletak di bucu tenggara Kaabah.

Arab Saudi pertama kali mendedahkan gambar Batu Hitam yang dikenali Hajarul Aswad secara terperinci di tapak arkeologi terpenting di Masjidil Haram di Mekah. - Foto Arab News
Arab Saudi pertama kali mendedahkan gambar Batu Hitam yang dikenali Hajarul Aswad secara terperinci di tapak arkeologi terpenting di Masjidil Haram di Mekah. - Foto Arab News

Hajarul Aswad diletakkan di dalam bingkai yang diperbuat daripada perak tulen sebagai langkah keselamatan.

Artikel Berkaitan:

Agensi Pengajian Projek dan Kejuruteraan sedang membangun pameran secara maya untuk memaparkan semua karya ini dalam model 3D yang dianggap sebagai replika koleksi arkeologi dengan merangkumi 123 keping gambar yang berbeza dari Muzium Senibina Dua Masjid Suci.

Pada Rabu, menerusi Twitter Haramain Sharifain telah menunjukkan satu rakaman video durasi enam saat imej Hajarul Aswad dilihat secara dekat.

Video dirakam pada tahun lalu telah ditonton lebih 8,700 tontonan.