Bazar Ramadan di kawasan PKP tidak dibenar operasi mulai 8 Mei

No Image Caption
A
A
A

SHAH ALAM - [DIKEMAS KINI] Kerajaan Selangor memutuskan untuk tidak membenarkan operasi bazar Ramadan di enam daerah yang dikenakan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) bermula Sabtu ini.

Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari berkata, bagaimana pun, penganjuran Bazar Raya dan pasar malam di kawasan terlibat dengan penguatkuasaan PKP adalah dibenarkan dengan waktu operasi sehingga jam 10 malam.

Amirudin berkata, jumlah pengunjung juga adalah dihadkan mengikut saiz bangunan atau premis.

"Sistem nombor penggiliran akan dikuatkuasakan dan kanak-kanak bawah 12 tahun tidak dibenarkan masuk.

"Semua operator dan pengurusan bazar wajar melantik pegawai pemantau bagi memastikan pematuhan prosedur operasi standard (SOP).

"Di samping itu, Kerajaan Selangor juga bersetuju menyalurkan bantuan RM500 kepada setiap penjaja bazar Ramadan bagi meringankan bebanan mereka," katanya menerusi sidang media yang berlangsung di Kediaman Menteri Besar Selangor, pada Rabu.

Sebelum ini kerajaan bersetuju melaksanakan PKP di enam daerah di Selangor bermula esok (Khamis) sehingga 17 Mei depan.

Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, enam daerah terlibat ialah daerah Hulu Langat, Petaling, Gombak, Klang, Kuala Langat dan Sepang.

Artikel Berkaitan: