Makan di restoran, buffet Ramadan tidak dibenarkan: MB Selangor

No Image Caption
A
A
A

SHAH ALAM - [DIKEMAS KINI] Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari memberitahu makan di restoran atau 'dine-in' tidak dibenarkan di semua restoran dalam kawasan terlibat dengan penguatkuasaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) bermula Khamis.

Menurutnya, kedai runcit, stesen minyak dan restoran boleh beroperasi dari jam 6 pagi sehingga 12 malam sepanjang tempoh PKP.

"Semua institusi pendidikan seluruh Selangor (tidak terhad kepada daerah terbabit PKP) akan mula ditutup bermula esok (Khamis)," katanya.

Tambah Amirudin, perincian-perincian berhubung SOP lain adalah masih tertakluk di bawah Majlis Keselamatan Negara (MKN).

"Kerajaan Selangor mengingatkan orang ramai agar mematuhi sepenuhnya SOP lebih-lebih lagi pada hujung minggu ini dengan mengambil kira jumlah kes yang tinggi," katanya.

Semalam, kerajaan bersetuju melaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) di enam daripada sembilan daerah di Selangor berkuat kuasa 6 hingga 17 Mei ini.

Menteri Kanan Pertahanan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob menjelaskan, ia melibatkan daerah Hulu Langat, Petaling, Gombak, Klang, Kuala Langat dan Sepang.

Bagaimanapun, tiga daerah lagi masih kekal Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) iaitu Kuala Selangor, Sabak Bernam dan Hulu Selangor.

Artikel Berkaitan: