Bumi rata atau sfera?

No Image Caption
A
A
A

WASHINGTON - AMERIKA SYARIKAT. Peningkatan jumlah individu yang percaya bumi adalah bulat disebabkan oleh video meyakinkan yang mempromosikan maklumat salah di Youtube.

Perkara itu terbongkar ketika penyelidik menghadiri persidangan 'bumi rata' di North Carolina dan Denver pada 2017 dan 2018.

Para penyelidik dari Texas Tech University berpendapat platform itu sepatutnya memaparkan senarai kandungan yang lebih seimbang berbanding teori konspirasi yang berat sebelah.

Mereka berkata Youtube perlu membuat perubahan terhadap algoritma untuk menjadikan sistem mereka lebih tepat selain meminta pakar menghasilkan kandungan menolak maklumat salah seumpama itu.

Hasil temu bual bersama 30 peserta mendapati hanya seorang yang percaya bumi adalah bulat, namun pendirian itu berubah selepas mereka menonton klip video di Youtube.

Terdapat beberapa video mempromosikan teori konspirasi bumi rata di laman tersebut.

Salah sebuah video paling popular berdurasi dua jam adalah '200 proofs Earth is not a spinning ball' yang turut dijadikan buku dengan 20 terjemahan bahasa.

"Terdapat maklumat yang berguna di Youtube, namun banyak juga maklumat yang salah.

Artikel Berkaitan:

"Percaya bumi ini rata bukanlah suatu perkara yang mendatangkan keburukan.

"Tetapi, ia mewujudkan ketidakpercayaan dalam institusi dan autoriti secara umumnya," kata Prof Asheley Landrum yang turut melakukan penyelidikan tentang perkara itu.

Landrum bagaimanapun berpendapat terdapat keperluan terhadap saintis dan penyokong sains menghasilkan video mereka sendiri untuk menjawab tentang teori konspirasi dan persoalan sama ada bumi ini rata atau berbentuk sfera.

"Satu-satunya alat untuk menyekat maklumat salah adalah dengan menyalurkan maklumat yang betul," jelasnya lagi. - Agensi