Kedutaan Arab Saudi sumbang 500 kotak makanan

Syeikh Abdul Rahman (kiri) menyerahkan kotak makanan bulan Ramadan kepada Mustapha pada Rabu.
Syeikh Abdul Rahman (kiri) menyerahkan kotak makanan bulan Ramadan kepada Mustapha pada Rabu.
A
A
A

SHAH ALAM - Atase Agama Kedutaan Diraja Arab Saudi, Syeikh Abdul Rahman Ibrahim Al-Robian menyumbang sebanyak 500 kotak makanan kepada pertubuhan bukan kerajaan (NGO) Malaysia.

Menurut Abdul Rahman, sebanyak 4,500 kotak makanan telah dibahagikan kepada NGO Islam untuk diagihkan kepada kumpulan sasar sempena bulan Ramadan.

“Program tahun ini agak besar berbanding sebelumnya.

“Sebelum ini, kita mengagihkan buah kurma kepada NGO dan penjawat awam di Putrajaya serta al-Quran untuk sekolah tahfiz, masjid dan surau,” katanya pada Rabu.

Sumbangan tersebut diserahkan kepada Pengerusi Pertubuhan Bukan Kerajaan Antarabangsa, Datuk Dr Mustapha Ahmad Merican pada Rabu.

Sementara itu, Mustapha berkata, ia merupakan kali pertama beliau terlibat secara langsung untuk mengagihkan kurma dan makanan.

“Bakul makanan ini mengandungi keperluan asas seperti beras, minyak, gula, tepung, kicap dan makanan ringan. Kesemuanya adalah produk keluaran Bumiputera.

“Program ini harus dipuji kerana ramai rakyat hilang sumber pendapatan akibat penularan Covid-19 ketika ini,” katanya.

Artikel Berkaitan:

Beliau berkata, NGO Islam perlu bekerjasama dengan kedutaan Arab Saudi untuk menjalankan pelbagai aktiviti supaya dapat mengeratkan hubungan sekali gus menunjukkan manifestasi semangat persaudaraan yang dituntut dalam Islam.