TNB antara penyumbang terbesar projek KPLB

Dr Abdul Latiff menyerahkan replika kunci penghargaan kepada Pengurus Besar TNB Pulau Pinang/Kedah/Perlis, Ir Azmi Md Yusof ketika lawatan tapak projek Pusat Kegiatan Masyarakat Kuah Langkawi pada Jumaat.

A
A
A

LANGKAWI - Tenaga Nasional Berhad (TNB) merupakan antara penyumbang utama projek Kementerian Pembangunan Luar Bandar (KPLB) dalam membantu sosioekonomi masyarakat luar bandar.

Menteri Pembangunan Luar Bandar, Datuk Dr Abdul Latiff Ahmad berkata, TNB telah menyumbangkan dana sebanyak RM276,772.10 untuk melaksanakan projek KPLB melibatkan dua daerah di Kedah iaitu Langkawi dan Baling.

Menurutnya, secara keseluruhannya,TNB menyumbang dana berjumlah RM150,000.86 di Langkawi yang mana RM92,508.60 diperuntukkan untuk bengkel jahitan manakala RM57,500.00 untuk kursus jurumudi.

Pengurus Besar TNB Pulau Pinang/Kedah/Perlis, Ir Azmi Md Yusof menerima plak penghargaan pada Majlis Penyerahan dan Penghargaan Rakan Strategik Kementerian Pembangunan Luar Bandar di perkarangan Masjid Al-Ehsan Temonyong Langkawi pada Jumaat.

“Sebanyak RM58,779 daripadanya diperuntukkan untuk peralatan manakala selebihnya berjumlah RM33,729.60 pula bertujuan untuk menaik taraf Bengkel Jahitan di PKM Langkawi,” katanya.

Abdul Latiff berkata, TNB juga memperuntukkan dana sebanyak RM124,224.72 untuk membantu penduduk di daerah Baling yang mana sebanyak RM70,246.72 diberikan untuk bengkel jahitan manakala sebanyak RM53,978 untuk projek tanaman serai.

“TNB telah memperuntukkan sebanyak RM30,687.72 untuk kerja-kerja menaik taraf bengkel jahitan di PKM Baling manakala RM39,559 merupakan sumbangan untuk menyediakan peralatan bengkel jahitan seperti meja, kerusi, bahan jahitan, LCD Projector dan kelengkapan jahitan lain,” katanya.

Pengurus Besar TNB Pulau Pinang/Kedah/Perlis, Ir Azmi Md Yusof (kiri) menemani Menteri Pembangunan Luar Bandar, Datuk Dr Abdul Latiff Ahmad melawat bengkel
Pengurus Besar TNB Pulau Pinang/Kedah/Perlis, Ir Azmi Md Yusof (kiri) menemani Menteri Pembangunan Luar Bandar, Datuk Dr Abdul Latiff Ahmad melawat bengkel

Abdul Latiff berkata, TNB turut membantu pemandu pelancong di Kampung Kuala Temoyong, Langkawi dan kawasan sekitar melalui kursus jurumudi dengan kerjasama Jabatan Laut Malaysia.

Artikel Berkaitan:

Sementara itu, Ketua Pengarah Jabatan Kemajuan Masyarakat (Kemas), Datuk Mohd Yasid Bidin berterima kasih dan bersyukur kerana menerima sumbangan menerusi program usahasama antara KPLB dengan syarikat tempatan seperti TNB dan Berjaya Corporation Berhad (Berjaya).

Mohd Yasid berkata, TNB telah membantu Kemas dengan melakukan kerja-kerja mengubah suai ruang kerja bengkel jahitan dan menyediakan penghawa dingin.

Peserta dapat menjahit dengan lebih selesa selepas bengkel jahitan dinaik taraf melalui sumbangan TNB di Pusat Kegiatan Masyarakat Kuah, Langkawi.
Peserta dapat menjahit dengan lebih selesa selepas bengkel jahitan dinaik taraf melalui sumbangan TNB di Pusat Kegiatan Masyarakat Kuah, Langkawi.

“Sumbangan ini telah membantu penduduk di sini. Saya berharap peserta kursus dapat memanfaatkan dan menggunakan kemudahan yang disediakan ini dengan sebaik-baiknya,” katanya.

Beliau berkata, pihaknya akan menggunakan sumbangan yang disediakan untuk melatih peserta bagi membantu meningkatkan kemahiran mereka.

Sementara itu, salah seorang peserta, Nurul Nazimah Che Pa, 39, berkata, beliau turut berterima kasih kepada syarikat terlibat yang memberi sumbangan menaik taraf bengkel jahitan berkenaan.

Kelas jahitan di Pusat Kegiatan Masyarakat Kuah Langkawi pada Jumaat.
Kelas jahitan di Pusat Kegiatan Masyarakat Kuah Langkawi pada Jumaat.

Katanya, dia dan rakan-rakan berpeluang menjahit baju lebih selesa dan mudah dengan kemudahan yang disediakan di Pusat Kegiatan Masyarakat (PKM) Kuah, sekali gus berpeluang meningkatkan pendapatan mereka.

“Sejak dua tahun lepas, saya dapat menimba ilmu dan kemahiran menjahit pelbagai rekaan pakaian. Saya mempelajari jahitan daripada peringkat asas sehingga lanjutan melalui tunjuk ajar tenaga pengajar di bengkel jahitan ini.

“Saya juga akan mengikuti kursus pada waktu lapang. Saya mahu mengajak penduduk setempat untuk merebut peluang ini dan menyertai kursus jahitan yang disediakan,” katanya.

TNB telah menyumbangkan dana sebanyak RM276,772.10 untuk melaksanakan projek KPLB melibatkan dua daerah di Kedah iaitu Langkawi dan Baling.”

- Datuk Dr Abdul Latiff Ahmad