Pembantu kedai pukul isteri dipenjara sembilan bulan

Gambar hiasan.
Gambar hiasan.
A
A
A

JEMPOL- Seorang pembantu kedai dihukum penjara sembilan bulan oleh Mahkamah Majistret Bahau pada Rabu selepas mengaku bersalah memukul isterinya.

Majistret Muhammad Hidayat Wahab menjatuhkan hukuman itu terhadap Abdul Salam Abdullah, 31.

Mengikut pertuduhan, tertuduh dengan sengaja menyebabkan cedera ke atas isterinya berusia 37 tahun pada 1 Mei jam 9 malam di sebuah rumah di Felda Palong 2, Jempol.

Berikutan itu tertuduh didakwa telah melakukan kesalahan mengikut Seksyen 323 Kanun Keseksaan dan dibacakan bersama Seksyen 326A kanun yang sama.

Bagi kesalahan Seksyen 323, sabit kesalahan boleh dihukum penjara maksimum setahun atau denda maksimum RM2,000 atau kedua-duanya.

Bagi kesalahan Seksyen 326A, dihukum penjara suatu tempoh dua kali ganda tempoh maksimum.

Mengikut fakta kes, telah berlaku pertengkaran mulut antara tertuduh dan isteri yang mana tertuduh telah menarik rambut dan mencekik leher serta menumbuk bahu si isteri.

Tertuduh bertindak begitu kerana mangsa tidak memberikan duit yang diminta untuk membeli dadah selain turut menuduh mangsa curang dengan lelaki lain.

Artikel Berkaitan: