SPFC jual 600 tiket perlawanan Sri Pahang lawan Selangor

Kapasiti penonton yang dibenarkan 600 orang bagi menyaksikan perlawanan Sri Pahang berdepan Selangor FC di Stadium Darul Makmur, pada malam Rabu.
Kapasiti penonton yang dibenarkan 600 orang bagi menyaksikan perlawanan Sri Pahang berdepan Selangor FC di Stadium Darul Makmur, pada malam Rabu.
A
A
A

KUANTAN - Pihak pengurusan Sri Pahang FC (SPFC) hanya menjual 600 tiket bagi perlawanan antara Sri Pahang dan Selangor FC di Stadium Darul Makmur, pada malam Rabu ini.

Ketua Pegawai Eksekutif Sri Pahang FC, Datuk Muhammed Suffian Awang berkata, keputusan itu dibuat selepas melihat trend peningkatan wabak Covid-19 di Kuantan malah ada beberapa kawasan telah melaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD).

"Bagi menyelesaikan penularan Covid-19 dan mengelak musibah lebih bahaya, pihak pengurusan SPFC mengambil langkah awal terhadap jumlah kemasukan penonton ke Stadium Darul Makmur.

"Jumlah kemasukan penyokong yang dibenarkan ialah 600 orang sahaja untuk aksi Sri Pahang berdepan Selangor, malam ini (Rabu)," katanya ketika dihubungi pada Rabu.

Sebelum ini, sebanyak 2,128 tiket dijual kepada penonton untuk menyaksikan skuad Tok Gajah beraksi.

Pada masa sama beliau mengingatkan penonton supaya sentiasa mematuhi prosedur operasi standard (SOP) ditetapkan.

Menurutnya, penonton perlu melengkapkan diri denga pelitup muka, penjarakan fizikal satu meter, pemeriksaan suhu dan mengimbas aplikasi MySejahtera.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Kuantan, Asisten Komisioner Mohamad Noor Yusof Ali berkata, polis akan mengadakan pemeriksaan dan kawalan sepanjang perlawanan itu berlangsung dan meminta penonton mematuhi arahan keselamatan.

Artikel Berkaitan: