Siapa sebenarnya khianati Felda, soal Azmin

Azmin Ali
Azmin Ali
A
A
A

SEMENYIH - Naib Presiden PH, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali mendakwa pemimpin UMNO mengkhianati Felda, bukan Lim Kit Siang, Lim Guan Eng atau orang Cina.

Menurutnya, lawan menuduh PH mengkhianati orang Melayu dan Felda namun hakikatnya UMNO yang berbuat demikian sehingga menyebabkan Felda bankrap.

Tambah beliau, PH mendukung usaha Tun Abdul Razak membuka tanah kerajaan dan berikannya kepada peneroka Felda supaya boleh mengangkat ekonomi mereka.

“Datang anak dia, pergi swastakan Felda. Lihat saja saham FGV sekarang, RM4.70 merudum ke 30 ke 40 sen saja.

“Siapa uruskan Felda saya nak tanya. Pengerusi Felda siapa? Hutang sekarang RM8 bilion Kita tak jangka Felda boleh ada hutang begitu besar.

“Pengerusinya Melayu, Lembaga Pengarah Melayu, bukan Melayu biasa tapi Melayu UMNO tetapi rupanya mereka ini pengkhianat,” katanya ketika berucap dalam Ceramah Isu-isu Semasa di Kampung Rinching Hilir, di sini, sebentar tadi.

Bahkan, Mohamed Azmin turut mempersoalkan tindakan beberapa pihak yang menyalahkan DAP terutamanya dalam isu melibatkan Felda.

“Pengerusi Felda bukan Lim Kit Siang. Pengerusi Felda Lim Kit Siang atau Isa Samad? Bukan Lim Guan Eng, nak salahkan DAP buat apa?

Artikel Berkaitan:

“Oh, dalam PH kata dikuasai DAP. Kamu ada kuasa, kedudukan, jawatan, jadi pengerusi jadi menteri tapi kamu khianat kepada orang Melayu,” tegas beliau.