Lelaki samun, belasah wanita dalam lif diberkas

No Image Caption
A
A
A

KUALA LUMPUR - Lelaki yang membelasah dan menyamun seorang wanita di lif Stesen Transit Aliran Massa (MRT) Taman Mutiara, Cheras di sini, Khamis lalu akhirnya diberkas polis, malam tadi.

Suspek berusia 26 tahun itu ditahan di Taman Cheras, Jalan Cheras di Kuala Lumpur oleh sepasukan anggota polis Bahagian Jenayah Berat (D9) Ibu pejabat Polis Daerah (IPD) Cheras, kira-kira jam 8.10 malam ini.

Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Seri Mazlan Lazim memaklumkan suspek akan ditahan reman pagi esok.

Khamis lalu, mangsa berusia 48 tahun itu berada dalam lif stesen MRT Taman Cheras bersama suspek sebelum dibelasah dan disamun lelaki tersebut.

Suspek melarikan dompet mangsa yang mengandungi kad pengenalan, kad pengeluaran wang automatik (ATM) dan wang tunai berjumlah RM400.

Akibat kejadian itu, mangsa cedera di dahi dan badan serta dirawat di sebuah hospital.

ARTIKEL BERKAITAN

Wanita trauma dibelasah disamun

Artikel Berkaitan:

RM10,000 ganjaran tangkap suspek belasah dalam lif MRT