X

Kindly register in order to view this article
!

Bersatu Johor bincang agihan kerusi PRU15 tanpa UMNO

SAHRUDDIN
A
A

JOHOR BAHRU- Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) Johor akan memulakan rundingan pengagihan kerusi bagi menghadapi Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) bersama Pas dan Parti Gerakan Rakyat Malaysia (Gerakan) dalam masa terdekat tanpa melibatkan UMNO.

Setiausaha Bersatu Johor, Datuk Dr Sahruddin Jamal berkata, rundingan terbabit akan dilakukan sebaik sahaja Presiden Bersatu, Tan Sri Muhyiddin Yassin memberikan lampu hijau.

"Jumlah kerusi yang akan diagihkan kepada setiap parti belum ditentukan, namun perbincangan itu nanti dipastikan dilaksana dengan baik dengan setiap parti berpuas hati," katanya selepas majlis berbuka puasa anjuran Bersatu Johor dan Kelab Media Johor (KMJ) di sini pada Selasa.

Hadir sama Timbalan Pengerusi Bersatu Johor, Ir Md Nasir Hashim dan Presiden KMJ, Mohd Fauzi Ishak.

Sahruddin turut menjelaskan, pihaknya sentiasa membuka pintu untuk bekerjasama dengan UMNO bagi menghadapi PRU15 di Johor.

"Kenyataan daripada Pengerusi Perhubungan UMNO Johor, Datuk Ir Hasni Mohammad seolah-olah memberi gambaran tiada kerjasama dengan Bersatu dan Perikanan Nasional (PN).

"Malah UMNO banyak menghentam dan tidak bersetuju untuk bersama kita (Bersatu). Kalau mereka (UMNO) tidak mahu, kita (Bersatu) sentiasa siap sedia hadapi PRU15 sama ada lawan dua atau tiga penjuru nanti," katanya.


Artikel ini ialah ©️ 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!