Pekan Padang Besar kembali meriah sepanjang Ramadan

Pekan Padang Besar kembali meriah, apabila mula menjadi tumpuan orang ramai melakukan persiapan bagi menyambut 1 Syawal yang berbaki beberapa hari lagi.
Pekan Padang Besar kembali meriah, apabila mula menjadi tumpuan orang ramai melakukan persiapan bagi menyambut 1 Syawal yang berbaki beberapa hari lagi.
A
A
A

PADANG BESAR - Pekan Padang Besar yang terletak di sempadan Malaysia-Thailand kembali meriah, apabila mula menjadi tumpuan orang ramai melakukan persiapan bagi menyambut 1 Syawal yang berbaki beberapa hari lagi.

Tinjauan Bernama mendapati bahawa kedai, kompleks Padang Waremart Padang Besar dan Arked Niaga Padang Besar, mula dipenuhi pengunjung sejak awal Ramadan setelah sepi hampir setahun sejak Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dan penutupan pintu sempadan pada Mac tahun lalu.

Salah seorang pengunjung Mohamad Faiz Aiman Mohd Zaimi, 23, berkata, beliau selesa membeli-belah di pekan ini kerana terdapat pelbagai barangan dengan harga yang berpatutan.

“Saya datang ke sini (Padang Besar) bagi membeli beras pulut, untuk dijadikan sebagai ketupat sebagai hidangan wajib pada 1 Syawal nanti, kerana beras pulut Thailand di sini wangi dan bermutu tinggi,” kata mahasiswa Universiti Malaysia Perlis (UNIMAPs) itu kepada Bernama baru-baru ini.

Turut berkongsi pendapat, Hashimah Ismail, 54, berkata beliau datang ke sini bagi membeli makanan ringan seperti kerepek, kacang dan keropok, untuk dijadikan menu sampingan untuk saudara-mara, rakan dan jiran datang beraya di rumah.

“Saya mempunyai keluarga yang besar...jika beli biskut raya kosnya adalah tinggi, jadi saya memilih untuk membeli makanan ringan dari negara jiran (Thailand), kerana ianya jauh lebih murah dan sedap,” kata suri rumah itu.

Sementara itu, seorang peniaga Hamidah Abdullah, 65, berkata beliau telah berniaga di kompleks Padang Waremart Padang Besar sejak 36 tahun lalu.

“Alhamduillah setelah hampir setahun sepi, orang ramai kembali berkunjung ke sini dan hasil jualan mula meningkat dua kali ganda, berbanding sebelumnya,” katanya. - Bernama

Artikel Berkaitan: