1,500 pelajar UMT pulang beraya bermula Jumaat

No Image Caption
A
A
A

KUALA NERUS – Seramai 1,500 penuntut Universiti Malaysia Terengganu (UMT) akan pulang ke rumah masing-masing bagi menyambut Aidilfitri secara berperingkat bermula 7 hingga 12 Mei nanti.

Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal Pelajar dan Alumni) UMT, Profesor Madya Dr Hafiz Zakariya berkata, daripada jumlah itu seramai 650 pelajar pulang dengan kenderaan sendiri dan dijemput ahli keluarga.

“Kira-kira 600 pelajar pula akan menggunakan perkhidmatan bas yang diuruskan oleh pihak UMT mengikut zon kawasan dan tarikh ditetapkan manakala 250 pelajar lagi akan kekal tinggal di kampus.

“Kita sudah meminta pelajar mengisi maklumat diperlukan dan segala info tentang destinasi dan waktu perjalanan sudah dimaklumkan kepada mereka,” katanya dalam satu kenyataan pada Rabu.

Menurut Hafiz, penghantaran pulang pelajar sempena Aidilfitri dan kehadiran semula ke kampus dilakukan mengikut prosedur operasi standard (SOP) ketat selaras arahan Majlis Keselamatan Negara (MKN).

Dr Hafiz Zakariya
Dr Hafiz Zakariya

Beliau berkata, semua pelajar akan kembali ke kampus bermula 16 hingga 20 Mei bagi meneruskan pembelajaran masing-masing.

Sepanjang tempoh pulang berhari raya di kampung katanya, UMT turut meminta semua pelajar mengisi maklumat dalam aplikasi My3K bermula hari pertama tiba di rumah sehingga kembali ke kampus.

Artikel Berkaitan:

“Ini penting untuk kita membuat analisis risiko bagi mencegah penularan Covid-19. Semoga kita semua dapat mematuhi SOP ketika menyambut hari raya bersama keluarga,” katanya.

ARTIKEL BERKAITAN:[DIKEMASKINI] Pelajar IPT dibenar pulang sempena Hari Raya Aidilfitri