Covid-19: Kes positif global melepasi 153 juta, kematian lebih 3.21 juta

Seorang pesakit dibawa ke hospital untuk mendapatkan rawatan Covid-19, di Ahmedabad, India. - Foto Reuters
Seorang pesakit dibawa ke hospital untuk mendapatkan rawatan Covid-19, di Ahmedabad, India. - Foto Reuters
A
A
A

JUMLAH kumulatif kes positif Covid-19 di seluruh dunia kini melebihi 153 juta. Ia berikutan lebih 800,000 kes baharu dikesan dalam tempoh 24 jam.

Data terbaharu Johns Hopkins University menunjukkan Amerika Syarikat (AS) kekal negara paling teruk terjejas dengan hampir 32.5 juta kes.

Disusuli dengan India dengan 20.2 juta kes dan Brazil dengan lebih 14.77 juta kes manakala negara yang melebihi angka lima juta kes ialah Perancis, sementara Turki, Rusia, United Kingdom dan Itali melebihi empat juta kes.

Sepanyol dan Jerman pula melebihi tiga juta kes manakala Argentina, Colombia, Poland, Iran dan Mexico mencatat lebih dua juta kes.

Afrika Selatan, Indonesia, Peru, Kanada, Chile, Romania dan Belanda pula antara negara yang merekodkan lebih sejuta kes positif.

Negara dalam lingkungan 300,000 hingga 500,000 kes termasuk Jepun, Arab Saudi, Panama, Slovakia dan Malaysia.

Negara lain merekodkan angka positif di antara 100,000 dan 300,000 kes.

Sementara itu, angka kematian akibat wabak ini di seluruh dunia terus menunjukkan peningkatan dan terkini melebihi 3.21 juta kes.

Artikel Berkaitan:

Ia selepas ribuan kematian global direkodkan dalam tempoh 24 jam lepas.

Berdasarkan data Johns Hopkins University, Amerika Syarikat kekal merekodkan jumlah kematian tertinggi dengan lebih 578,000 kes.

Ini diikuti Brazil dengan lebih 408,000 kes; Mexico lebih 217,000 kes; India, United Kingdom, Itali, Rusia dan Perancis pula merekodkan lebih 100,000 kes kematian.

Negara yang merekodkan angka korban melebihi 50,000 kes termasuk Jerman, Sepanyol, Colombia, Iran, Poland, Argentina, Peru dan Afrika Selatan.

Manakala negara yang mencatatkan di antara 30,000 hingga 50,000 kes kematian ialah Indonesia, Ukraine dan Turki.

Selain itu, Romania, Belgium dan Kanada pula mencatatkan lebih 20,000 angka korban.

Kebanyakan negara lain masih merekodkan angka korban di bawah 20,000 kes.