Pek NJOI HD terbaharu tawarkan pengalaman tontonan terhebat

Dari kiri Mazhairul Jamaludin, Sherry Al-Hadad and Alif Satar.
Dari kiri Mazhairul Jamaludin, Sherry Al-Hadad and Alif Satar.
A
A
A

PELANGGAN NJOI berpeluang untuk menonton program-program kegemaran masing-masing dalam versi berdefinisi tinggi atau HD menerusi Pek NJOI HD yang terbaharu.

Pek ini menampilkan 10 saluran HD di Astro Prima, Astro Oasis, Astro Vaanavil, Astro Xiao Tai Yang, Astro AEC, CCTV4, Astro Awani, Hello, eGG dan Astro Arena, pada harga RM15 untuk langganan selama 30 hari.

Malah sepanjang Ramadan dan musim perayaan Aidilfitri yang akan datang ini, pelanggan NJOI boleh menikmati dan berhibur dengan seleksi program popular seperti ‘Jejak Ebit Liew’, ‘Hati Yang Dikhianati’ (Astro Prima) dan ‘Geng Ngaji’, ‘SOP Jiwa’ di saluran Astro Oasis.

Bagi setiap pelanggan yang membeli Pek NJOI HD dan mana-mana saluran lain secara prabayar, mereka kini boleh menikmati program-program menarik berikut dalam versi HD seperti siri Astro Originals, ‘Kampung Pisang Raya’ dan ‘Projek: Anchor SPM’, serta sajian drama Melayu terhebat seperti ‘Rindu Awak Separuh Nyawa’, berita-berita mutakhir di ‘Awani 7.45’ dan ‘Evening Edition’, program-program antarabangsa seperti ‘Beyond Evil’, ‘You Are My Hero’ dan ‘Dil Se Dik Tak’; serta rancangan menarik kanak-kanak, termasuklah ‘Upin & Ipin’, ‘Didi & Friends’, ‘Ejen Ali’ dan banyak lagi.

No Image Caption

Pengarah NJOI, Mazhairul Jamaludin berkata, para pelanggan NJOI sedia ada masih dapat meneruskan menonton 30 saluran percuma seperti sebelum ini.

Bagaimanapun untuk mendapat kepuasan tontonan yang lebih baik, para pelanggan boleh beralih kepada pek HD.

Tambah Mazhairul, bagi peminat sukan, NJOI juga membawakan kesemua perlawanan UEFA EURO 2020 dalam versi HD.

Artikel Berkaitan:

“Pelanggan hanya perlu membeli ‘Sports Pass’ NJOI untuk menikmati 51 perlawanan UEFA EURO 2020.

“‘Sports Pass’ ini hanya berharga RM70, buat mereka yang membelinya awal atau pembelian ‘early bird’ iaitu mulai 5 Mei hingga 31 Mei 2021. Menariknya lagi, pelanggan juga boleh membeli gabungan Pek NJOI HD dan ‘Sports Pass’ secara ‘bundle’ hanya pada harga RM75 sahaja.

“Pelanggan juga boleh terlibat dalam peraduan GAMEBIRA NJOI dari 5 Mei 2021 hingga 8 Ogos 2021 dan berpeluang untuk memenangi hadiah-hadiah menarik seperti HDTV, baucar sukan dan barangan cenderahati istimewa EURO,” ujarnya.

Bagi meraikan pelancaran Pek NJOI HD ini, NJOI akan menganjurkan dua promosi utama untuk menggalakkan pelanggan menaiktaraf dan menikmati perkhidmatan NJOI HD mereka.

Pertama, muat turun aplikasi My NJOI hari ini dan jadi 5,000 pelanggan pertama yang membeli Pek NJOI HD menerusi aplikasi My NJOI dari 28 April hingga 31 Julai 2021, dan anda akan diberikan rebat bernilai RM10.

Kedua, bagi mana-mana pelanggan yang membeli pek prabayar terpilih menerusi Pek NJOI HD, anda akan menerima diskaun sebanyak RM10 atau rebat bernilai RM10 sebagai sebahagian dari tawaran ‘bundled’, dari 30 April hingga 31 Oktober 2021.

Pelanggan NJOI digalakkan untuk memuat-turun aplikasi My NJOI bagi memudahkan sebarang urusan yang melibatkan pembelian kredit prabayar NJOI. Aplikasi NJOI ini sedia untuk dimuat-turun di kedua-dua peranti iOS dan Android bermula 28 April 2021.

No Image Caption

Pek NJOI HD ini boleh dibeli menerusi aplikasi My NJOI, atau di saluran 200, laman rasmi NJOI, WhatsApp NJOI mahupun di peruncit-peruncit terdekat NJOI.

Pelanggan baru NJOI boleh membeli kotak NJOI pada harga RM379 dan untuk menikmati pengalaman tontonan lebih hebat, mereka boleh terus membeli Pek NJOI HD pada harga RM15 sebelum membuat sebarang pembelian prabayar mana-mana saluran atau pek. Untuk maklumat lanjut mengenai NJOI HD dan aplikasi My NJOI, sila layari https://bit.ly/3vF3ATA atau hantarkan mesej WhatsApp ke 03-95438100.