48,000 orang terima manfaat

Henry (tengah) melakukan gimik pelancaran Majlis Perhimpunan Bulanan KPLB Bulan Mei 2021 di Institut Kemajuan Desa (INFRA) di Bangi pada Selasa.
Henry (tengah) melakukan gimik pelancaran Majlis Perhimpunan Bulanan KPLB Bulan Mei 2021 di Institut Kemajuan Desa (INFRA) di Bangi pada Selasa.
A
A
A

BANGI - Seramai 48,000 golongan miskin dan miskin tegar menerima manfaat daripada Kementerian Pembangunan Luar Bandar (KPLB) menerusi Program Perumahan Rakyat Termiskin (PPRT) sejak tahun 2020.

Timbalan Menteri Pembangunan Luar Bandar II, Datuk Henry Sum Agong berkata, sepanjang tahun 2020, sebanyak 8,291 rumah telah dibaik pulih manakala 1,428 rumah baharu dibina.

Beliau berkata, program perumahan itu bertujuan membantu menyediakan rumah yang selesa dan selamat untuk didiami oleh golongan miskin serta miskin tegar.

“KPLB telah membina Jalan Luar Bandar (JALB) sepanjang 182.85 kilometer (km) yang memberi manfaat kepada 42,700 penduduk di kawasan luar bandar untuk ke bandar atau ke tempat awam yang lain.

“Selain kemudahan jalan raya, bekalan air bersih juga penting untuk dinikmati semua lapisan rakyat.

“KPLB telah menyediakan kemudahan bekalan air bersih kepada 10,917 buah rumah yang memberi manfaat kepada 54,585 penduduk luar bandar di seluruh negara,” katanya pada Majlis Perhimpunan Bulanan KPLB Bulan Mei 2021 di Institut Kemajuan Desa (INFRA) di sini pada Selasa.

Program tersebut turut dihadiri Ketua Setiausaha KPLB, Datuk Ahmad Jailani Muhamed Yunus; Timbalan Ketua Setiausaha KPLB, Datuk Che Murad Sayang Ramjan; Setiausaha Bahagian Kanan (Khidmat Pengurusan), Mohd Kamal Husin dan Pengarah INFRA, Noraina Masduki@Abdul Hanan.Beliau berkata, Lembaga Kemajuan Wilayah (LKW) juga memainkan peranan penting dalam memastikan Dasar Pembangunan Luar Bandar dapat dilaksanakan dengan jayanya kepada kumpulan sasar.

Artikel Berkaitan:

Noraina (dua dari kiri) menerangkan infrastruktur yang telah siap dibina di asrama INFRA di Bangi pada Selasa.
Noraina (dua dari kiri) menerangkan infrastruktur yang telah siap dibina di asrama INFRA di Bangi pada Selasa.

“Antara projek dan program yang telah dilaksanakan LKW adalah seperti di bawah agensi Lembaga Kemajuan Kelantan Selatan atau KESEDAR.

“Mereka telah melaksanakan Projek Kelestarian Tanah dan Ladang Rancangan Kemajuan Tanah.“Lembaga Kemajuan Johor Tenggara (Kejora) pula telah menganjurkan Program Back To School 2021 dan Program Usahawan, Lembaga Kemajuan Wilayah Pulau Pinang (Perda) juga mengadakan Karnival Raya@Bertam 2021 serta Skim Pinjaman Mudah Perniagaan (SPiM),” katanya.

Dalam pada itu, KPLB menerusi program KPLB Learning Hub turut menyediakan akses program latihan digital selama setahun kepada lebih 1,300 pegawai.

“KPLB Learning Hub ini akan menjimatkan masa sebanyak 40 hingga 60 peratus berbanding dengan pembelajaran konvensional dalam kelas dengan kos kewangan yang rendah,” katanya.