Majlis Tindakan Kemakmuran Bersama ditubuhkan

Tan Sri Muhyiddin Yassin
Tan Sri Muhyiddin Yassin
A
A
A

PUTRAJAYA - [DIKEMASKINI] Kerajaan menubuhkan Majlis Tindakan Kemakmuran Bersama (MTKB) yang berperanan untuk menentukan dasar dan strategi pelaksanaan Wawasan Kemakmuran Bersama 2030 (WKB 2030).

Pejabat Perdana Menteri dalam kenyataannya berkata, peranan tersebut termasuk menetapkan sasaran, indikator makro dan kunci indeks prestasi (KPI) bagi sektor penting dalam pembangunan negara yang akan dirangka secara inklusif dan menyeluruh bagi mencapai objektif WKB 2030.

"MTKB yang dipengerusikan oleh Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin telah mengadakan mesyuarat pada Selasa," katanya pada Rabu.

Menurutnya, keahlian MTKB terdiri daripada 21 orang menteri, empat ketua jabatan, 2 ketua syarikat pelaburan Berkaitan Kerajaan (GLIC), tiga wakil Dewan Perniagaan Melayu, Cina dan India serta tokoh-tokoh dalam pelbagai sektor ekonomi, pendidikan dan sosial.

"Antara tokoh tersebut termasuk Tan Sri Sulaiman Mahboob, Tan Sri Azman Mokhtar, Datuk Dr Aini Ideris, Datuk Dr. Asma Ismail,

Datuk Dr Madeline Berma dan Professor Datuk Dr Denison Jayasooria," katanya.

Menurut Pejabat Perdana Menteri, turut diwujudkan ialah Jawatankuasa Eksekutif Kemakmuran Bersama (JEKB) yang dipengerusikan oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Tugas-Tugas Khas), Datuk Seri Mohd Redzuan Md Yusop

"Unit Penyampaian Kemakmuran Bersama (SEPADU), Jabatan Perdana Menteri akan bertindak sebagai sekretariat MTKB," katanya.

ARTIKEL BERKAITAN: Kerajaan tubuhkan MTKB pantau WKB2030

Artikel Berkaitan: