Kecewa wujud usaha kuasai Cawangan Khas Bukit Aman

Abdul Hamid
Abdul Hamid
A
A
A

SHAH ALAM - “Saya kecewa,” demikian reaksi bekas Ketua Polis Negara, Tan Sri Abdul Hamid Bador mengenai wujudnya usaha untuk menguasai Cawangan Khas Bukit Aman bagi tujuan politik.

Abdul Hamid berkata, tindakan sebegitu pastinya akan memberikan kesan terhadap institusi kepolisan di negara ini.

“Dulu kononnya nak menegakkan kebenaran. Bila sudah menang (pilihan raya), sudah dapat kuasa, lain pula berlaku.

“Saya kecewa apabila ada orang nak salah gunakan kuasa dan bimbang sekiranya saya ada, saya akan lawan. “Saya bimbang perkara ini akan mengetepikan kepimpinan Polis Diraja Malaysia (PDRM) yang baharu. Ini saya tidak boleh terima,” katanya ketika dihubungi Sinar Harian pada Selasa.

ARTIKEL BERKAITAN: KPN gesa SPRM siasat ahli politik lompat parti

Beliau berkata, Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) perlu mengambil tindakan tegas berhubung perkara berkenaan.

“Saya minta SPRM bertegas dan berani. Jangan takut dan jangan pilih bulu. Sebelum ini, sewaktu saya (sebagai) Ketua Polis Negara, saya sudah kata, ini ialah ancaman kepada keselamatan negara.

“Perbuatan Menteri Dalam Negeri itu merupakan perbuatan yang merosakkan integriti Cawangan Khas dan polis keseluruhannya,” kata beliau.

Artikel Berkaitan: