X

Kindly register in order to view this article
!

Rakyat tanya mana vaksin?

A
A

SETIAP hari jumlah mereka yang dijangkiti Covid-19 lebih daripada 2,000 orang sejak beberapa minggu ini. Ada harinya cecah lebih 3,000.

Keadaannya memang nampak cemas. Katil di hospital semakin berkurang dan peralatan perubatan terjejas teruk. Petugas barisan hadapan dah bekerja tanpa henti lebih setahun.

Rakyat pun naik resah. Kerajaan kata daftar untuk dapatkan vaksin. Rakyat dah daftar. Tapi vaksinnya tak nampak di mana, jadi apabila Khairy Jamaluddin umum ada sejumlah dos vaksin AstraZeneca ditawarkan kepada rakyat, berebut-rebut orang daftar.

Khabarnya dalam masa empat jam dah habis dipohon. Mereka semua tahu cerita pasal kesan sampingan vaksin itu. Tapi bukan AstraZeneca sahaja, semua vaksin ada kesan sampingan bergantung pada penerima. Tapi bahaya kesan samping lebih kecil berbanding bahaya tiada perlindungan vaksin langsung. Yang daftar banyak orang muda. Orang tua dan yang berisiko tinggi masih tunggu ‘giliran’ entah bila.

Awang harap sangat kerajaan umumkan pelan imunisasi bagi mereka yang berisiko tinggi.

Tak usahlah janji atau bagi harapan jika vaksinnya belum sampai lagi. Bercakap jujurlah pada rakyat. Jangan kata “yang lambat bukan programnya tapi vaksinnya”.

Kalau tak ada vaksin apa gunanya program yang tersusun rapi?

Awang setuju dengan pandangan seorang wartawan veteran bahawa yang jadi masalah dalam perang melawan Covid-19 ialah saluran komunikasi rasmi.

Oleh sebab maklumat tak sampai dengan berkesan, maka keluarlah macam-macam cerita dalam media sosial. Salah siapa?


Artikel ini ialah ©️ 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!