PDRM mesti kekal ‘bebas’

Abdul Hamid Bador - Foto Bernama
Abdul Hamid Bador - Foto Bernama
A
A
A

SIDANG akhbar terakhir sepatutnya majlis ucap terima kasih dan penghargaan.

Tidak begitu halnya dengan sidang akhbar Tan Sri Abdul Hamid Bador. Mantan Ketua Polis Negara (KPN) lepaskan bom yang gegarkan negara.

Beliau memang orang yang suka bercakap jujur. Tak perlu berbunga-bunga dan berlapis-lapis. Itu stail beliau dari dulu. Semasa kes 1MDB, beliau suarakan rasa tak senang pasal cara siasatan itu dibuat. Akibatnya beliau kena ‘cold storage’ kata orang putih.

Memang mantan KPN orang yang berintegriti. Beliau pertahan anak buahnya. Kalau salah dia tegur.

Beliau bertekad hendak bersihkan PDRM daripada rasuah dan macam-macam salah laku. Beliau dedahkan wujud ‘kartel’ dalam PDRM.

Dalam sidang akhbar terakhir itu, beliau terang-terang timbulkan campur tangan politik dalam PDRM.

Mantan KPN sebut siapa yang bertanggungjawab, menterinya sendiri. Beliau dedahkan banyak tindakan yang tak betul dan tak ikut peraturan babitkan bos politiknya.

Rakyat tentulah terkejut. Awang rasa, apa yang mantan KPN dedahkan tak boleh didiamkan. Ini soal maruah dan integriti PDRM.

Artikel Berkaitan:

Tan Sri Perdana Menteri kena ambil perhatian serius dakwaan mantan KPN.

Tak kiralah kalau menteri berkenaan orang kanan atau kiri beliau dan partinya.