Penggal leher, siat kulit muka budak 4 tahun

Polis di India mendakwa lelaki tersebut berang selepas dimalukan di hadapan orang ramai oleh ibu mangsa.
A
A

NEW DELHI - INDIA. Seorang lelaki di India memperkosa dan memenggal leher kanak-kanak berusia empat tahun tanpa perikemanusiaan.

Menurut polis, suspek turut menyiat kulit muka mangsa supaya mayatnya tidak dapat dikenal pasti.

Lelaki berusia 27 tahun dari bandar Khopoli di Maharashtra bertindak sedemikian kerana mahu membalas dendam selepas dimalukan di depan orang ramai kerana keinginannya untuk mengadakan hubungan intim dengan ibu mangsa ditolak.

"Dia memenggal leher budak itu dengan pisau dapur dan mencampakkan tubuhnya kira-kira 305 meter di belakang rumahnya. Lelaki terbabit turut membuang kepala kanak-kanak itu dengan kulit wajahnya telah disiat di lokasi berhampiran," kata jurucakap polis.

Difahamkan, suspek adalah rakan kepada bapa mangsa.

Hasil siasatan awal polis mendapati lelaki tersebut menculik mangsa ketika ibunya sedang sibuk dan menyembunyikannya di dapur.

Selepas menyedari kehilangannya, ibu mangsa bersama beberapa jiran mencari budak itu, namun gagal menemuinya.

Tidak kemudiannya menjumpai bahagian tubuh mangsa tanpa kepala yang turut mempunyai kesan melecur. - Daily Mail