Prosiding kes jenayah Mahkamah Rayuan dan Persekutuan, Putrajaya ditangguh

No Image Caption
A
A
A

PUTRAJAYA - Prosiding kes jenayah di Mahkamah Rayuan dan Mahkamah Persekutuan, Putrajaya bermula 3 hingga 13 Mei ini ditangguhkan selepas salah seorang timbalan pendakwa raya dilaporkan positif Covid-19 pada Jumaat lalu.

Kes-kes sepanjang tempoh itu dijangka bermula semula pada 17 Mei ini.

Ekoran itu, timbalan-timbalan pendakwa raya dari Bahagian Perbicaraan dan Rayuan, Jabatan Peguam Negara (AGC) akan menjalani kuarantin di rumah masing-masing.

Mengikut Prosedur Operasi Standard (SOP) kerajaan atau sehingga diarahkan sebaliknya oleh pihak Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM), mereka akan menjalani kuarantin selama 10 hari.

Bahagian Perbicaraan dan Rayuan tersebut diketuai, Timbalan Pendakwa Raya, Manoj Kurup.

Dilaporkan, kebenaran untuk menangguhkan kes-kes itu diberikan oleh Ketua Hakim Negara, Tun Tengku Maimun Tuan Mat dan Presiden Mahkamah Rayuan, Tan Sri Rohana Yusuf pada Sabtu lalu.

Ia kemudian disampaikan kepada Manoj melalui emel daripada Ketua Pendaftar Mahkamah Persekutuan, Ahmad Terrirudin Mohd Salleh.

Artikel Berkaitan: