Hari penentuan Tok Mat

Ahmad
Ahmad
A
A
A

NASIB Presiden Persatuan Sepak Takraw Malaysia (PSM), Datuk Seri Ahmad Ismail sama ada digantung seumur hidup atau dikenakan hukuman lain dijangka diketahui pada Rabu.

Persekutuan Sepak Takraw Asia (ASTAF) akan mengadakan sesi pendengaran kes Ahmad atau lebih dikenali dengan panggilan Tok Mat secara maya atas empat pertuduhan yang dihadapinya.

Presiden ASTAF, Datuk Abdul Halim Kader berkata, Ahmad boleh mengemukakan hujah dalam prosiding itu bagi membuktikan beliau tidak melanggar sebarang salah laku badan sepak takraw Asia itu.

“Berdasarkan kepada Peraturan Perlembagaan dan Prosedur Tatatertib ASTAF, beliau hanya tidak boleh melantik mana-mana peguam untuk mewakili dirinya pada sesi pendengaran itu.

“Namun, pihak kami akan memberi peluang kepada beliau untuk mempertahankan dirinya. Jika beliau tidak mengikuti sesi pendengaran itu, maka kami akan tetap membuat keputusan atas pertuduhan yang dikenakan ke atas beliau,” katanya kepada Sukan Sinar pada Selasa.

Tok Mat kini berdepan hukuman penggantungan seumur hidup daripada terlibat dalam aktiviti sepak takraw selain tidak dibenarkan memegang sebarang jawatan dalam persatuan jika didapati bersalah atas empat pertuduhan kerana didakwa cuba menjatuhkan reputasi ASTAF.

Artikel Berkaitan: