Penerima vaksin tidak perlu surat kebenaran polis

Kenyataan Khairy di Twitter beliau pada Selasa.
Kenyataan Khairy di Twitter beliau pada Selasa.
A
A
A

SHAH ALAM - Individu yang perlu merentas daerah bagi mendapatkan suntikan vaksin tidak perlu mohon surat kebenaran daripada Polis Diraja Malaysia (PDRM).

Menteri Penyelaras Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan, Khairy Jamaluddin Abu Bakar berkata, penerima vaksin hanya perlu menunjukkan keterangan janji temu dalam aplikasi MySejahtera.

Khairy berkata, beliau telah menjelaskan isu tersebut kepada Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.

“Saya baru sahaja jelaskan isu rentas daerah untuk tujuan vaksinasi dengan Ismail Sabri.

“Penerima vaksin tidak perlu surat polis. Cukup sekadar menunjuk janji temu dalam aplikasi MySejahtera, laman web vaksincovid.gov.my atau menerusi khidmat pesanan ringkas,” katanya menerusi satu kenyataan di Twitter beliau pada Selasa.

Pada Selasa, Ismail Sabri ketika pengumuman pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) 3.0 memaklumkan bahawa penerima vaksin perlu mendapatkan surat kebenaran daripada PDRM.

Artikel Berkaitan: